Utama Android Samsung Samsung Education Store Malaysia tawarkan Diskaun Khas Peranti untuk Pelajar dan Siswa

Samsung Education Store Malaysia tawarkan Diskaun Khas Peranti untuk Pelajar dan Siswa

1746
0

Samsung Malaysia melalui Education Store menawarkan diskaun istimewa untuk pelajar dan kakitangan institusi pengajian. Sebagai sebahagian daripada tawaran Kembali ke Sekolah (Back to School), pelajar-pelajar boleh mendapat diskaun tambahan sebanyak 5% bagi pembelian pertama di kedai dalam talian Samsung Malaysia.

Melalui program ini, para pelajar boleh menikmati pelbagai peralatan dan gajet dengan teknologi Samsung dengan harga diskaun istimewa untuk pelajar.

Turut dimuatkan sebuah laman khas tawaran Samsung Student di laman web rasmi Samsung. Pelajar-pelajar yang berminat boleh melog masuk dengan mendaftarkan akaun Samsung yang dipautkan dengan emel rasmi institusi pengajian masing-masing yang biasanya mempunyai domain .edu.my.

Sebagai contoh, bagi pelajar sekolah, dan institusi pengajian awam anda mempunyai akaun sendiri yang didaftarkan mengikut institusi pendidikan. Bagi pelajar yang mempunyai akaun DELIMa, anda mempunyai emel dengan domain @moe-dl.edu.my. Anda boleh merujuk dengan pentadbiran atau tenaga pengajar masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai emel rasmi pendidikan ini.

Antara peranti yang menawarkan potongan harga istimewa khusus untuk pelajar termasuklah siri Galaxy S22, siri Galaxy Tab S8 dan juga peranti boleh pakai seperti Galaxy Watch 4 dan Galaxy Buds 2.samsung-galaxy-tab-a8-perantisiswa

Menurut Samsung, kesemua pesanan didatangkan bersama-sama penghantaran percuma. Para pelajar juga boleh membuat bayaran secara ansuran bulanan sehingga 24 bulan dengan kadar faedah 0%. Selain itu, pelajar juga boleh melakukan tukar-beli (trade-in) peranti-peranti lama yang dimiliki.

Kod Promo Samsung Education Store Malaysia

Jika anda berhasrat untuk membuat pembelian pertama dari Samsung Education Store, anda boleh berjimat sehingga 5% dengan menggunakan kod promo EPPWELCOME5. Tawaran promosi 5% berkenaan ditawarkan sehingga 3 April 2023.

Cara mengakses Tawaran Khas untuk Pelajar Samsung Education Store Malaysia

Berdasarkan laman soalan-soalan lazimnya, pelajar-pelajar pengajian sepenuh masa atau separuh masa serta kakitangan institusi pengajian boleh menikmati tawaran hebat. Cara untuk mendapatkannya adalah seperti berikut:

  1. Daftar dan pautkan akaun Samsung anda dengan emel rasmi institusi pengajian masing-masing.
  2. Sahkan alamat emel institusi pendidikan anda yang mempunyai domain emel seperti ‘.edu.my’ menerusi satu pautan yang dihantarkan ke alamat emel tersebut.
  3. Nikmati manfaat tawaran khas untuk pelajar dari Samsung

Produk yang dibeli juga adalah bagi tujuan kegunaan sendiri sahaja dan Samsung telah menetapkan had dua produk sahaja dalam tempoh satu tahun penggal pengajian. Had kelayakan pembelian akan diletakkan di dalam bahagian My Quota di dalam laman Samsung Education.

Pembelian di dalam Samsung Education juga hanya untuk pengguna di Malaysia sahaja dan tidak boleh dijual di luar Malaysia. Diskaun yang ditawarkan juga tidak boleh dipindah milik kepada pengguna lain.

Antara peranti-peranti yang boleh digunakan bagi tujuan pendidikan yang ditawarkan pada harga diskaun pelajar menerusi Samsung Education Malaysia ini termasuklah:

Harga dan peranti yang ditawarkan ini bagaimanapun bergantung kepada stok yang anda dan juga perubahan dari semasa ke semasa mengikut keadaan.

Maklumat lanjut, layari laman Samsung Education.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.