Utama Samsung Samsung umumkan acara Bespoke Home 2022 akan diadakan pada 7 Jun ini

Samsung umumkan acara Bespoke Home 2022 akan diadakan pada 7 Jun ini

892
0

Samsung telah mengumumkan acara Bespoke Home akan diadakan secara siaran langsung pada 7 Jun 2022 jam 10 malam waktu Malaysia. Acara yang memfokuskan pada produk-produk peralatan di rumah terkini ini akan disiarkan scara langsung menerusi saluran rasmi Samsung di YouTube, Samsung Newsroom dan juga laman web rasminya.

Pada tahun ini, acara berkenaan akan mengetengahkan tiga tema utama yang berkaitan dengan pengembangan iaitu ruang, pengalaman dan masa. Samsung juga akan menonjolkan bagaimana Bespoke memperluaskan capaian globalnya dan bukan sekadar di dapur semata-mata.

Pengalaman pengguna juga diperluaskan menerusi keselesaan dan fleksibiliti teknologi masa kini. Di samping itu, bagaimana Bespoke menambahbaik jangka hayat peralatan-peralatan tersebut juga mampu membolehkan pengguna menikmati peralatan berkenaan dengan lebih lama.

https://www.youtube.com/watch?v=VrR-mOehWTU

Menurut Kanghyup Lee, Ketua Kumpulan Jualan Dan Pemasaran Perniagaan Peralatan Digital di Samsung Electronics:

At Bespoke Home 2021, we unveiled home appliances that offered customers personalization through customization, flexible functionality and connected living. This year, we are excited to showcase how Bespoke is expanding to offer consumers new experiences in and out of the kitchen, even more connected convenience and our efforts towards sustainability.”

Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai acara Samsung Bespoke Home 2022 menerusi laman web rasmi Samsung di https://news.samsung.com/global/samsung-electronics-invites-you-to-expand-life-possibilities-at-bespoke-home-2022

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.