Utama Mobile Aplikasi Maybank memberi Amaran mengenai Malware Android yang mampu membaca SMS Nombor...

Maybank memberi Amaran mengenai Malware Android yang mampu membaca SMS Nombor TAC pengguna

1195
0

Maybank telah mengeluarkan satu pesanan khidmat masyarakat yang mengingatkan orang ramai supaya tidak memuat turun aplikasi yang meragukan dan mengandungi malware. Amaran tersebut telah diterbitkan menerusi laman rasminya di Facebook untuk hebahan orang awam.

Berdasarkan amaran tersebut, MyCERT baru-baru ini telah memberikan nasihat keselamatan tentang sesetengah aplikasi Android yang mengandungi malware. Aplikasi berkenaan bukan sahaja mampu membaca SMS pengguna, malah mampu mendapatkan nombor TAC yang biasanya digunakan untuk melakukan transaksi perbankan secara online.

Justeru Maybank turut berkongsikan pautan ke laman MyCERT berkenaan yang menyenaraikan aplikasi-aplikasi yang disyaki mengandungi malware. Anda juga boleh mengunjungi ke laman tersebut untuk membuat semakan.

Berdasarkan carian menerusi Google didapati salah satu aplikasi sarat malware berkenaan yang kian rancak dengan kegiatannya dikenali sebagai “SMSSpy”. Taktik yang digunakan adalah dengan memancing mangsa untuk menyertai program yang mirip dengan skim cepat kaya.

Mangsa yang telah diperdaya akan mengikuti arahan yang diberikan oleh sindiket termasuk memberikan maklumat akaun bank yang kononnya bagi tujuan memindahkan pendapatan yang telah dihasilkan oleh mangsa. Walaubagaimanapun, “pendapatan” tersebut hanya sekadar wayang untuk mengaburi mangsa supaya aplikasi sarat malware tersebut dipasangkan pada peranti.

Ini bukanlah kali pertama aplikasi scam ini dilaporkan berlaku. April lalu, firma kesleamatan ESET Research melaporkan aplikasi berkenaan mensasarkan pelanggan-pelanggan dari lapan buah bank di Malaysia. Beberapa aplikasi berkenaan didapati menyamar kononnya menawarkan perkhidmatan pembersihan melalui aplikasi seperti Grabmaid, maria’s Cleaning, Maid4u, dan sebagainya.

Oleh yang demikian, anda diingatkan supaya sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati apabila berurusan dengan sesuatu aplikasi atau laman web di dalam talian yang meminta maklumat sulit peribadi termasuk akaun bank.

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.