Xiaomi telah melancarkan telefon pintar Redmi A7 Pro secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Ia merupakan penambahan terbaharu dalam siri-A kelas permulaan.

Peranti ini melakar sejarah sebagai model ‘Pro’ pertama di dalam barisan siri-A. Ia direka khusus untuk menawarkan ciri-ciri praktikal kepada pelbagai golongan pengguna.

Walaupun berkongsi beberapa persamaan dengan varian yang dilancarkan di India pada awal minggu ini, model pasaran tempatan hadir dengan sedikit perbezaan pada spesifikasi kamera dan kapasiti bateri.

Menurut Xiaomi, bateri berkapasiti 6,000mAh pada peranti ini adalah mencukupi untuk menampung 49 jam panggilan suara, 35 jam tontonan video, atau 77 jam main balik muzik.

Telefon pintar dengan pemprosesan Unisoc T7250 ini juga merupakan telefon pintar kelas bajet pertama daripada jenama tersebut yang menggunakan sistem operasi baharu Xiaomi HyperOS 3 berasaskan Android 16.

Sistem perisian ini menawarkan pelbagai ciri kecerdasan buatan (AI) yang canggih seperti Circle to Search, Google Gemini, dan alat penyuntingan imej terbina iaitu AI Sky.

Berikut adalah senarai spesifikasi dan ciri utama Redmi A7 Pro:

Spesifikasi Butiran
Cip Pemprosesan UNISOC T7250 lapan-teras (12nm) dengan kelajuan sehingga 1.8GHz
Sistem Operasi Xiaomi HyperOS 3 berasaskan Android 16
Skrin Paparan Skrin IPS LCD HD+ bersaiz 6.9 inci
Kadar Segar Semula 120Hz adaptif dengan pensijilan TÜV Rheinland
Kapasiti Bateri 6,000mAh dengan pengecasan pantas 15W melalui port USB Type-C
Kamera Belakang Lensa utama 13MP (f/2.2) berserta lensa tambahan dan denyaran LED
Kamera Hadapan 8MP (f/2.0)
Memori (RAM) 4GB LPDDR4X (menyokong penambahan RAM maya 4GB)
Storan Dalaman Pilihan 64GB atau 128GB (UFS 2.2), menyokong kad mikroSD
Kesambungan Dwi-SIM (4G LTE), Wi-Fi (2.4GHz/5GHz), Bluetooth 5.2, NFC
Fizikal Pengimbas cap jari sisi, bicu audio 3.5mm
Dimensi & Berat 171.56mm x 79.47mm x 8.15mm / 208 gram
Pilihan Warna Black, Mist Blue, Sunset Orange, dan Palm Green
Harga Jualan RM399 (64GB) & RM449 – RM479 (128GB)

Anda boleh peranti ini menerusi rangkaian kedai fizikal Xiaomi di seluruh negara, stor dalam talian Mi, serta di platform e-dagang rasmi seperti Shopee, Lazada, dan TikTok Shop.

Tinggalkan komentar