Utama Android Realme realme Note 60 akan dilancarkan di Malaysia 29 November ini

realme Note 60 akan dilancarkan di Malaysia 29 November ini

35
0

realme Note 60 pertama kali diumumkan pada Ogos lalu, dengan pelancaran untuk pasaran globalnya diadakan di Indonesia. Kini, tiba giliran pasaran Malaysia pula telefon pintar baharu keluaran realme ini akan hadir.

Menjelang pelancaran rasminya di Malaysia pada 29 November ini, beberapa peniaga-peniaga tempatan telah pun mula menyenaraikan telefon pintar ini sejak awal November.

Setakat yang dimaklumkan, realme Note 60 akan menampilkan paparan LCD 6.74-inci 720p dengan kadar penyegaran semula 90Hz. Ia menggunakan pemprosesan Unisoc T612, RAM 8GB dan storan 128GB. Baterinya pula berkapasiti 5,000mAh dengan kadar pengecasan 10W.

Untuk kameranya pula, realme Note 60 dilaporkan akan menawarkan kamera utama 32MP dengan sensor berkedalaman dan kamera kedua 5MP. Keseluruhan badannya pula dikuatkan casis tahan jatuhan dan penarafan kerintangan debu dan air IP64. Turut disediakan pengimbas cap jari pada bahagian sisinya.

Bagaimanapun, ciri-ciri dan spesifikasi rasminya untuk pasaran Malaysia kelak dijangka akan diketahui pada pelancarannya 29 November ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.