Maybank telah mengumumkan perkhidmatan yang melibatkan DuitNow melalui platformnya telah kembali pulih. Pengguna-pengguna yang masih lagi mengalami masalah diminta untuk menghubungi talian khidmat pelanggan di 1-300-88-6688 (dalam negara) atau +603-78443696 (luar negara).
Sekitar petang tadi, Maybank telah memaklumkan kepada penggunanya mengenai gangguan perkhidmatan DuitNow Transfer dan DuitNow QR. Para pelanggan yang terkesan pada ketika itu diminta untuk menggunakan perkhidmatan alternatif seperti Interbank GIRO (IBG) untuk transaksi perbankan.
Perkhidmatan yang dinyatakan tersebut turut tidak boleh diakses menerusi aplikasi MAE, laman web M2U dan platfrom M2U Biz sepanjang tempoh gangguan tersebut berlaku. Bagi perkhidmatan lain yang melibatkan pemindahan dan pembayaran QR antara akaun Maybank bagaimanapun beroperasi seperti biasa.
Hi. Thank you for contacting CIMB. We understand that some banks are experiencing issues on their end, which may impact your overall experience while performing DuitNow transactions (Instant Transfer). We assure you all our services are available.
— CIMBMalaysia (@CIMBMalaysia) November 25, 2024
Dalam pada masa yang sama, CIMB Malaysia juga mengambil maklum isu yang sama melibatkan DuitNow. Pelanggan-pelanggannya juga diminta menggunakan kaedah alternatif seperti IBG untuk melaksanakan transaksi dalam sepanjang tempoh gangguan tersebut.
Aplikasi Touch ‘n Go juga telah membuat pengumuman kepada penggunanya berhubung isu melibatkan pembayaran menggunakan QR dengan pihak ketiga tersebut.