realme telah mengumumkan realme GT 2 Pro secara rasminya di Malaysia pada hari ini. Telefon pintar mercu terkini ini menampilkan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1.
Apa yang menarik dengan telefon ini adalah ciri penyejukan melalui ruang penyejukan dengan 9 lapisan keluli tahan karat.
Ini kerana pemprosesan Snapdragon 8 Gen 1 kadangkala boleh menjadi agak panas apabila digunakan pada aplikasi berkeperluan tinggi. Oleh itu, ciri penyejukan ini mampu membantu mengoptimumkan penggunaannya.
Telefon ini turut digandingkan dengan memori LPDDR5 sehingga 12GB dan storan pada 256GB sahaja.
Selain dari prestasi pemprosesannya, realme turut mendakwa GT 2 Pro merupakan telefon pintar pertama yang mempunyai paparan rata AMOLED 2K dengan teknologi LTPO 2.0.
Paparan ini turut menyediakan ciri Super Reality Display dengan kedalaman warna 10-bit dan kecerahan maksima 1400 nits. Melalui paparan LTPO ini juga, kadar penyegarannya boleh dilaraskan dari 1Hz hingga 120Hz bergantung pada keadaannya untuk menjimatkan penggunaan tenaga.
Kuasa bateri yang disediakan oleh realme GT 2 Pro ini hadir melalui kapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas SuperDart sehingga 65W. Ia dikatakan mampu dicaskan sepenuhnya dalam tempoh 33 minit.
Fotografi pada telefon ini pula hadir dalam bentuk dwi-kamera 50MP dan satu kamera micro-lensa dengan pembesaran 40X 2.0 yang membolehkan anda mengambil gambar makro pada jarak yang amat dekat. Bagi kamera hadapan pula, ia menyediakan satu kamera 32MP.
realme GT 2 Pro boleh didapati dengan pilihan warna White dan Black. Pilihan warna White diperbuat dari bahan polimer berasaskan bio yang memberikan kemasan sentuhan tekstur kertas premium. Kemasan ini diberikan sentuhan oleh pereka Naoto Fukasawa yang sebelum ini sering bekerjasama dengan realme melalui rekaan premium pada barisan porduk Master Ediiton realme.
Untuk perisian, realme menyediakan sokongan sehingga tiga tahun bagi kemaskini sistem operasi utama dan empat tahun bagi kemaskini keselamatan.
Isi Kandungan
Harga realme GT 2 Pro di Malaysia
Buat anda yang berminat untuk mendapatkan realme GT 2 Pro, anda boleh membuat pra-tempahan di Shopee pada hari ini dan esok (25-26 Mac) serta 30 dan 31 Mac ini untuk menikmati harga diskaun, RM2,599. Pra-tempahan telefon pintar ini turut menawarkan hadiah percuma berbentuk sepasang realme Buds 2 Neo.
Harga jualan bagi telefon pintar ini di kedai-kedai fizikal dan juga di luar tempoh promosi tersebut adalah RM2,999.
Spesifikasi realme GT 2 Pro Malaysia
CPU | Snapdragon 8 Gen 1 1 x Kryo Prime (Cortex-X2) @ 3.0GHz + 3 x Kryo Performance (Cortex-A710) @ 2.5GHz + 4 x Kryo Efficiency (Cortex-A510) @ 1.8GHz Samsung 4nm |
GPU | Adreno |
Memori | 12GB LPDDR5 |
Storan | 256GB UFS 3.1 |
Paparan | 6.73″ WQHD+ (3200 x 1440) 120Hz Super Reality Display, 1400 nits peak brightness, DCI-P3 gamut support, 10-bit, 1 to 120Hz LTPO 2.0 technology, 1000Hz touch sampling rate |
Audio | Dual speakers Dolby Atmos |
Kamera | Main camera: 50MP f/1.9, 1/1.56″ Sony IMX766 sensor, OIS Ultra-wide: 50MP f/2.2 ultra-wide angle, 150° FoV Macro: 3MP f/3.3 40X Magnification Micro-lens Camera 2.0 AI Camera, Auto HDR, Super Nightscape, AI Beauty, Panorama, 8K video recording |
Kamera hadapan | 32MP f/2.4 selfie camera Portrait Bokeh, HDR, Super Nightscape |
Perisian | realme UI 3.0, Android 12 |
Bateri | 5000mAh dual battery 65W Super Dart Charge (included in box) |
Ukuran | 163.2 x 74.7 x 8.18 g |
Berat | 199g |
Harga | RM2,999 |