Utama Telco Astro Astro Fibre dilancarkan; Harga bulanan dari RM129.99 untuk pek Saluran dengan Internet...

Astro Fibre dilancarkan; Harga bulanan dari RM129.99 untuk pek Saluran dengan Internet 50Mbps

1181
0
Astro Fibre Wifi Kencang

Astro telah melancarkan pakej saluran bersama-sama internet fiber melalui Astro Fibre. Pakej ini menawarkan internet jalur lebar bersama-sama pek saluran-saluran Astro mengikut pilihan pengguna.

Melalui penawaran pakej terbaru ini, Astro mengorak langkah ke arah sebagai penyedia perkhidmatan Internet (ISP). Astro pada September tahun lalu telah menandatangani perjanjian dengan TM untuk menyediakan perkhidmatan Internet.

Berdasarkan laman soalan lazimnya, Astro menyatakan pakej Astro Fibre ini adalah perkhidmatan yang disediakan terus daripada Astro. Manakala pakej Astro & Broadband pula disediakan melalui kerjasama dengan Maxis dan TNB Allo.

Pelan Astro Fibre ditawarkan dengan beberapa persamaan seperti pakej Astro & Broadband. Secara amnya, pakej kelajuan internet boleh dipilih dengan pek-pek saluran Astro pilihan anda.Astro Fibre Router

Harga pakej-pakej Astro Fibre mengikut kelajuan Internet

Pelan Kelajuan InternetPrimary PackEntertainment PackSports PackEntertainment Plus PackPremium Pack 1Premium Pack 2Premium Pack 3
50Mbps RM            129.99 RM                    184.99 RM  184.99 RM                           224.99 RM                                219.99 RM                              244.99 RM               249.99
100Mbps RM            129.99 RM                    199.99 RM  199.99 RM                           239.99 RM                                224.99 RM                              249.99 RM               254.99
500Mbps RM            244.99 RM                    274.99 RM  279.99 RM                           299.99 RM                                284.99 RM                              309.99 RM               314.99
800Mbps RM            304.99 RM                    334.99 RM  339.99 RM                           359.99 RM                                344.99 RM                              369.99 RM               374.99

Harga yang dinyatakan di atas merupakan harga promosi yang ditawarkan kepada pengguna yang mendaftar dari hari ini sehingga 30 Jun 2022. Pakej-pakej Astro Fibre ini juga didatangkan bersama-sama kontrak selama 24 bulan.

Sebagai sebahagian dari promosi pelancarannya, Astro menawarkan langganan percuma Mesh Wi-Fi selama 12 bulan untuk mana-mana pelan Astro Fibre 50Mbps. Bagi pelanggan yang mengambil pelan Internet dengan kelajuan yang lebih tinggi, langganan percuma Mesh Wi-Fi berkenaan akan diberikan selama 24 bulan.

Langganan Mesh Wi-Fi ini merupakan perkhidmatan tambahan dan pengguna perlu membayar sebanyak RM10 hingga RM25 sebulan berdasarkan bilangan unit.

Maklumat lanjut mengenai pakej-pakej yang ditawarkan oleh Astro Fibre ini, layari laman web rasmi Astro.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.