Utama Android Realme Siri realme 13 Pro akan dilancarkan ke Peringkat Global pada 30 Julai...

Siri realme 13 Pro akan dilancarkan ke Peringkat Global pada 30 Julai 2024

203
0

realme baru-baru ini telah mengumumkan tarikh pelancaran siri realme 13 Pro ke peringkat global di India pada 30 Julai ini dan akan disiarkan secara dalam talian pada jam 2.30 petang waktu tempatan.

Kedua-dua model di dalam siri ini, realme 13 Pro dan realme 13 Pro+ disahkan akan menggunakan sensor Sony LYT. Untuk realme 13 Pro+, telefon pintar ini dilengkapkan dengan kamera Sony LYT-701 50MP dengan OIS dan kamera Sony LYT-600 50MP telefoto dengan zum optikal 3x.

Lain-lain spesifikasi untuk kedua-dua model baharu keluaran realme ini masih lagi belum diketahui buat masa ini. Apa yang diuar-uarkan oleh realme berkenaan siri realme 13 Pro ini kelebihannya selaku “kamera telefon pintar profesional AI pertama”.

Dari segi rekabentuknya, siri telefon pintar ini direka dengan kerjasama dengan Museum of Fine Arts (MFA) di Boston. Ia akan ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Emerald Green, Monet Gold, dan Monet Purple yang diinspirasikan dari artis Perancis, Oscar-Claude Monet.

realme Malaysia sebelum ini telah mengacah pelancaran siri telefon pintar ini ke pasaran Malaysia awal bulan ini menerusi laman Facebook rasminya. Cuma, tidak diketahui sama ada pelancaran siri realme 13 Pro

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.