Utama Android Realme Siri realme 12 Pro dilancarkan; Hadir dengan Snapdragon 7s Gen 2, Lensa...

Siri realme 12 Pro dilancarkan; Hadir dengan Snapdragon 7s Gen 2, Lensa Teleskopik

298
0

realme secara rasminya telah melancarkan siri telefon pintar peringkat menengah baharunya melalui realme 12 Pro dan realme 12 Pro Plus. Dilancarkan di India, kedua-dua telefon pintar ini hampir sama ciri-ciri yang ditawarkannya kecuali cipset yang digunakannya serta kamera-kameranya.

Skrin untuk model-model siri realme 12 Pro ini menggunakan paparan AMOLED 6.7-inci 1080p dengan kecerahan puncak 950 nits dan kadar penyegaran semula 120Hz. Ia menggunakan sistem operasi Android 14 melalui antaramuka realme UI 5.0 dan mempunyai penarafan kerintangan debu dan air IP65.

Dikuasakan oleh bateri berkapasiti 5,000mAh, telefon pintar ini menyokong pengecasan 67W, kadar ini didapati lebih rendah berbanding keluaran tahun lalu yang menawarkan pengecasan 100W.

Di dalamnya realme 12 Pro Plus menggunakan Qualcomm Snapdragon 7s Gen 2, manakala realme 12 Pro dilengkapkan dengan Snapdragon 6 Gen 1. Untuk ketersambungan pula kedua-dua telefon pintar berkenaan menyokong 5G, Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.2.

Siri telefon pintar terkini dari realme ini menawarkan tri-kamera bagi fotografinya. Untuk model Pro Plus, ia mempunyai kamera utama 50MP dengan OIS, kamera berperiskop 64MP dengan zum optikal 3x dan OIS, serta kamera ultra-lebar 8MP.

Manakala model Pro pula ia menawarkan kamera utama 50MP, kamera telefoto 32MP dengan zum optikal 2x dan OIS, serta kamera ultra lebar 8MP. Pada sebelah hadapan pula, model Pro menawarkan kamera hadapan 16MP dengan model Pro Plus pula menyediakan kamera hadapan 32MP.

realme 12 Pro ditawarkan pada harga bermula dari INR25,999 (~RM1,480) dengan model Pro Plus pula harganya dari INR29,999 (~RM1,708). Setakat ini tiada pengumuman dibuat berkenaan pelancaran telefon pintar ini ke pasaran Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.