Utama Android Realme realme 12 Pro Plus, 12 Plus akan dilancarkan di Malaysia 29 Februari...

realme 12 Pro Plus, 12 Plus akan dilancarkan di Malaysia 29 Februari ini

107
0

realme telah mengumumkan tarikh pelancaran dua model telefon pintar baharunya, realme 12 Pro Plus dan realme 12 Plus. Peranti peringkat menengah ini secara rasminya akan hadir ke Malaysia pada 29 Februari 2024 dengan pra-tempahannya akan dibuka esok bersama-sama pelbagai tawaran hebat bernilai sehingga RM799.

realme 12 Pro Plus merupakan model paling tinggi di dalam siri tersebut dengan paparan AMOLED 6.7-inci beresolusi 1080p dan kadar penyegaran semula 120Hz. Ia menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 7s Gen 2 dengan bateri berkapasiti 5,000mAh dan sokongan pengecasan 67W. Kamera dibelakangnya pula terdiri daripada kamera utama 50MP dengan OIS, kamera periskop 64MP dengan zum optikal 3x dan OIS, serta kamera ultra-lebar 8MP.

Manakala untuk realme 12 Plus pula, maklumat mengenainya tidak banyak yang diketahui lagi setakat ini. Namun, apa yang diketahui dari maklumat-maklumat yang tertiris, telefon pintar ini akan dilengkapkan dengan sensor kamera Sony LYT-600 50MP. Khabar angin mengatakan model telefon pintar ini juga akan menggunakan MediaTek Dimensity 7050 dengan sokongan pengecasan 67W juga.

Pra-tempahan realme 12 Pro Plus dan realme 12 Plus boleh dibuat bermula dari 16 Februari 2024. Anda yang berminat boleh membuat deposit hanya RM12 untuk pra-tempah dan bakal menerima waranti lanjuta, sepasang earbuds nirwayar dan jam tangan pintar Techlife Smartwatch T17C.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.