Sony akhirnya telah mengumumkan kehadiran PlayStation 5 rekaan semula baharu yang dikenali sebagai PlayStation 5 di pasaran Malaysia. Konsol versi yang lebih ringan ini pertama kali diperkenalkan pada Oktober tahun lalu.
PlayStation 5 Slim juga kurang 30% saiznya berbanding model asalnya, menjadikan ia lebih kecil dan lebih ringan dengan kapasiti storannya lebih besar, 1TB. Versi baharu ini juga mempunyai bahagian pemacu cakera yang boleh tanggal.
Ini bermakna, Digital Edition untuk konsol ini juga boleh ditambah pemacu cakera boleh tanggal yang berharga RM529. Cuma aksesori modular berkenaan tidak diketemukan di laman web Sony Malaysia buat masa ini.
PlayStation 5 Slim Digital Edition berharga RM2,069, dengan versi Disc dijual pada harga RM2,499. Anda juga boleh membeli bersama dua set kawalan nirwayar DualSense pada harga RM300, manakala cagak untuk meletakkan secara berdiri pula dijual secara berasingan pada harga RM149.
Kedua-dua edisi konsol ini boleh dipra-tempah di kedai dalam talian Sony Malaysia dengan jualannya bermula pada 20 Februari 2024.