Utama Teknologi Nothing Phone (2a) akan dilancarkan pada 5 Mac 2024

Nothing Phone (2a) akan dilancarkan pada 5 Mac 2024

190
0

Nothing baru-baru ini telah mengesahkan tarikh pelancaran model yang akan datang Nothing Phone (2a). Menurutnya, acara tersebut akan diadakan pada 5 Mac 2024, jam 7.30 malam dan akan disiarkan secara strim menerusi laman web ramsinya.

Walaupun peranti berkenaan masih lagi belum didedahkan, Phone (2a) dikatakan akan menyediakan dwi-kamera dengan susunan menegak dan imej acah yang menyatakan “Fresh Eyes” menguatkan lagi andaian tersebut.

Rekaan tersebut juga seringkali dipaparkan di dalam pelbagai maklumat tertiris yang merujuk kepada peranti tersebut. Maklumat tidak rasmi menyebut telefon pintar Nothing ini kelak akan menampilkan skrin OLED 120Hz dengan pemprosesan MediaTek Dimensity 7200 bersama-sama RAM 8GB dan storan 128GB.

Dua kamera di bahagian belakangnya akan hadir dengan dua kamera 50MP dengan antaramukannya Nothing OS 2.5 berasaskan Android 14 bersama-sama sokongan pengecasan 45W.

Nothing Phone (2a) dijangka akan hadir ke pasaran Malaysia, cuma tidak diketahui bilakah tarikh kemasukan dan harga di pasaran Malaysia kelak.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.