Utama Mobile Telco Kerajaan dijangka Perkenalkan Internet Lebih Murah untuk Pengguna B40, M40 menjelang Krismas...

Kerajaan dijangka Perkenalkan Internet Lebih Murah untuk Pengguna B40, M40 menjelang Krismas ini

418
0
Fahmi Fadzil KKD

Menteri Komunikasi dan Digital, Encik Fahmi Fadzil telah memberikan bayangan kementeriannya akan mengumumkan berita baik berkenaan telekomunikasi bagi mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup terutamanya melibatkan kumpulan B40 dan M40. Beliau menjelaskan ia akan melibatkan bayaran internet dan telefon.

Beliau menyatakan kepada media selepas majlis amanat menteri bersama warga KKD baru-baru ini., “Tunggu Santa Klaus datang. Tapi kita memang lihat isu Internet dan caj telefon. Itu antara perkara yang saya prihatin,”

Tambah beliau lagi, isu utama bukan sekadar harga malah turut melibatkan ketersambungan dan ketersediaan akses kepada para pengguna. Terdapat beberapa kawasan yang bedepan dengan masalah sedemikian kerana tidak semua syarikat telekomunikasi beroperasi di sesetengah kawasan.

Kajian turut diadakan supaya tindakan dan langkah sewajarnya dapat diambil bagi membantu pengguna mendapatkan perkhidmatan yang wajar dengan harganya.

Menteri berkenaan juga menyatakan kebimbangan beliau terhadap rangkaian 4G dan 5G. Beliau turut menyatakan pihak kementeriannya akan memaklumkan syarikat-syarikat telekomunikasi bahawa kerajaan bukan sahaja mahukan harga yang lebih murah, malah perkhidmatannya juga ditambah baik.

Talian hotline Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC)

Menerusi pertemuan yang sama juga, beliau turut meminta orang ramai supaya segera melaporkan sebarang insiden penipuan menerusi talian hotline Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di nombor 997.

Beliau menyeru orang ramai supaya tidak berasa malu atau takut untuk tampil melaporkan insiden dalam tempoh 24 jam supaya Bank Negara dapat memberikan respons pantas untuk membuat sekatan.

Encik Fahmi Fadzil juga sedang melihat dengan serius berkenaan isu ketirisan data yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Beliau akan memastikan CyberSecurity Malaysia yang dibawah KKD memainkan peranan penting dalam menjalankan audit keselamatan siber.

Pihak kementeriannya juga akan membantu dan membuat penilaian dengan kementerian, agensi dan jabatan-jabatan lain bagi memastikan keperluan keselamatan siber ini mnejadi keutamaan. Beliau juga tidak mahu berlaku lagi insiden kebocoran data dari agensi kerajaan kerana boleh disalahgunakan oleh aktiviti penipuan.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM sebelum menjadi KKD) telah menunaikan janji menawarkan kelajuan internet dua kali ganda dan harga yang dikurangkan sehingga separuh.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.