Qualcomm Technologies pada hari ini telah mengumumkan cipset baharu Snapdragon G Series, khusus untuk permainan mudah alih. Siri ini hadir dengan tiga jenis mengikut keupayaan masing-masing iaitu Snapdragon G1, Snapdragon G2 dan Snapdragon G3.
Mengikut nombornya, G3 merupakan pemprosesan mercu dan dibina berdasarkan Razer Edge 5G yang dikuasakan oleh Snapdragon G3x Gen 1. Snapdragon G3x Gen 2 Platform menjadi produk terkini di dalam siri G3 ini. Ia mempunyai CPU Kryo (8 teras) dan GPU Adreno A32 yang menawarkan prestasi CPU 30% lebih pantas dan prestasi GPU 2x lebih pantas berbanding model sebelumnya.
Menurut Qualcomm, platform terkininya ini membawakan peningkatan prestasi berkali ganda dari generasi sebelumnya bersama-sama ciri permainan mercu.
Antara yang ditawarkannya termasuklah:
- ray-tracing dipacu perkakasan
- permainan super-resolution
- tethering kaca mata XR
- Bluetooth audio premium berlewah rendah (low-latency) dengan Snapdragon Sound Technology Suite
- Wi-Fi 7 High-Band Simultaneous (HBS)
- 5G – sub-6 dan mmWave
Seterusnya Snapdragon G1 menumpukan ketersambungan bebas lag dan jangka hayat bateri yang lebih panjang. Cipset pertama di dalam siri ini, Snapdragon G1 Gen 1 Platform mempunyai CPU Kryo (8 teras) bersama-sama GPU Adreno A11 yang menyokong penstriman berkualiti tinggi pada peranti permainan boleh pegang.
Dalam pada masa yang sama, Snapdragon G2 Gen 1 Platform pula merupakan yang pertama di dalam keluarga Snapdragon G2 yang menampilkan CPU Kryo (8 teras) bersama-sama GPU Adreno A21 yang dioptimasikan untuk permainan. Ia turut didatangkan bersama-sam Sistem Modem-RF Snapdragon X62 yang mengoptimasikan 5G dan WiFi 6/6E.
Rekaan Rujukan Permainan Boleh Pegang Snapdragon G3x Gen 2 (Snapdragon G3x Gen 2 Handheld Gaming Reference Design) kini tersedia dan disampelkan kepada OEM dan ODM terpilih.
Maklumat lanjut, layari https://www.qualcomm.com/products/catalog/snapdragon-g-series-gaming-platforms