Utama Perkakasan Qualcomm Qualcomm umumkan cip Snapdragon 8 Gen 3 secara rasminya; Hadir dengan Fungsi...

Qualcomm umumkan cip Snapdragon 8 Gen 3 secara rasminya; Hadir dengan Fungsi dipacu AI

189
0
snapdragon-8-gen-3-hero-2

Bersempena acara Snapdragon Conference, Qualcomm Technologies Inc. pada hari ini telah mengumumkan platform mudah alih premium baharunya, Snapdragon 8 Gen 3. Menurut Qualcomm, pemprosesan baharunya ini merupakan “gergasi sebenar yang memiliki kepintaran atas peranti, berprestasi bertaraf premium, dan kecekapan tenaga.

Dari segi prestasi, Snapdragon 8 Gen 3 menampilkan CPU Qualcomm Kryo dengan kuasa memproses sehingga 3.3GHz pada cipset 4nm. Berbanding sebelumnya, pemprosesan ini 30% lebih dan 20% lebih cekap tenaga.

NPU Qualcomm Hexagon padanya pula 98% lebih pantas dan 40% lebih cekap dari sebelum ini. Pendek kata, Snapdragon 8 Gen 3 dilihat lebih terarah kepada ketersesuaian kecerdasan buatan (AI).snapdragon-8-gen-3_ai-qrd

Misalnya, Qualcomm mendakwa pemprosesan ini berkeupayaan menjana imej latar melalui AI dan juga mampu memadam objek di dalam rakaman video. Ia berkeupayaan sedemikian kerana penggunaan ISP Cognitive di dalamnya yang memiliki 12 lapisan Semantic Segmentation masa nyata bagi membezakan antara objek-objek.

AI berkenaan juga boleh digunakan di dalam pelbagai fotografi mudah alih melalui 4th Gen Computational HDR dan sokongan untuk sensor 3D Time of Flight untuk pemetaan berkedalaman beresolusi tinggi.snapdragon-8-gen-3_gaming-qrd

Untuk permainan mudah alih, Qualcomm menyatakan pemprosesan ini mampu menyokong kepermainan beresolusi sehingga 8K dan 40fps. Ia juga menjadi pemprosesan Snapdragon pertama yang menampilkan Unreal Engine 5 – Lumen yang boleh mencapai iluminasi masa nyata dan refleksi (ray-tracing). Tidak ketinggalan, ia juga mampu menyokong Wi-Fi 7 dengan kelajuan sehingga 5.8Gbps.

Seperti kebiasaan, pemprosesan terkini dari Qualcomm Technologies akan digunakan untuk peranti andalan pelbagai pengeluar dunia seperti ASUS, HONOR, iQOO, MEIZU, NIO, Nubia, OnePlus, OPPO, Realme, Redmi, RedMagic, Sony, vivo, Xiaomi dan ZTE.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.