Utama Android ZTE ZTE Blade A54 akan tiba di Malaysia dengan harga RM369

ZTE Blade A54 akan tiba di Malaysia dengan harga RM369

429
0

ZTE telah mengumumkan telefon pintar peringkat pemula baharunya, Blada A54 ke pasaran Malaysia. Ia merupakan telefon pintar paling mampu milik keluarannya di pasaran Malaysia dengan harganya lebih rendah berbanding model sebelumnya Blade A52.

Blade A54 menampilkan skrin 6.6-inci beresolusi 720p dengan bahagian takuk yang menempatkan kamera hadapannya. Tidak banyak yang diketahui mengenai telefon pintar ini memandangkan ZTE hanya berkongsikan beberapa maklumat penting di dalam pengumuman rasminya.

Setakat ini, apa yang diketahui telefon pintar ini menawarkan bateri berkapasiti 5,000mAh. Ia juga mempunyai RAM 4GB bersama-sama pengimbas cap jari pada bahagian sisi, kamera utama 13MP dan slot kad mikroSD.

Telefon pintar ini juga didapati masih belum disenaraikan di dalam kedai talian rasminya di Malaysia. Berdasarkan maklumat yang diketahui menerusi Lazada Thailand, Blade A54 mempunyai storan dalaman 128GB, pengecasan 10W, kamera hadapan 5MP, bicu audio 3.5mm dan menggunakan pemprosesan Unisoc Tiger T606. Bagaimanapun, spesifikasi berkenaan mungkin ada perbezaan dengan versi yang memasuki pasaran Malaysia kelak.

ZTE Blade A54 boleh didapati dengan pilihan warna ungu dan hitam bermula pada 24 November ini dengan harga jualannya RM369. Ia akan dijual menerusi kedai dalam talian rasmi ZTE di Shopee dan Lazada.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.