Home Komputer Cara memulihkan Dokumen Microsoft Word yang Hilang

Cara memulihkan Dokumen Microsoft Word yang Hilang

1518
0

Dokumen Microsoft Word yang hilang jika bernasib baik anda mungkin boleh mendapatkannya semula. Punca kepada kehilangan dokumen Microsoft Word ini kadangkala berlaku di luar kawalan kita, misalnya terputus bekalan elektrik, masalah pada perisian dan sistem dan juga akibat kecuaian diri sendiri.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk mendapatkan semula dokumen Microsoft Word anda yang hilang dek kerana tidak sempat ‘save’ itu.

Memulihkan dokumen Word yang hilang pada Word 2013 dan Word 2016

Microsoft Word versi 2013 dan 2016 mempunyai ciri terbina dalam yang direka khusus untuk memulihkan dokumen yang tidak sempat disimpan.

Caranya adalah dengan;

  • Pada Microsoft Word, klik pada tab “File” dan pilih “Manage Document”.
  • Di panel info yang dibuka, klik pada butang yang berlabel “Manage Document”
  • Seterusnya, melalui menu ‘drop-down’ yang dibuka, pilih “Recover Unsaved Documents”
  • Tetingkap baru akan dibuka menunjukkan senarai dokumen-dokumen Microsoft Word yang tidak sempat disimpan.
  • Pilih dokumen-dokumen yang anda carikan, bukakannya dan pastikan anda tidak lupa untuk klik ‘Save’ pada kali ini.

Word 2007 dan Word 2010

Bagi anda yang menggunakan Microsoft Word versi yang terdahulu, anda masih lagi boleh mendapatkan fail-fail dokumen anda yang hilang akibat tidak sempat disimpan berkenaan.

  • Pada Microsoft Word, klik pada tab “File” (untuk Word 2010) atau butang Start Office (untuk Word 2007)
  • Seterusnya, klik “Open”. Pada tetingkap Windows Explorer, pilih lokasi di mana kali terakhir anda menyimpan dokumen berkenaan. Untuk kebanyakan pengguna, biasa pada ‘My Documents’
  • Masih lagi pada tetingkap tadi, pilih “All file types” pada menu ‘drop-down’ bersebelahan kotak ‘File Name’ tetingkap tadi. Dokumen-dokumen sandaran akan muncul dengan nama seperti berikut, “Backup of (nama dokumen berkenaan).”
  • Pilih dan buka dokumen yang anda ingin cari dan pastikan ianya disimpan

Mencari dokumen Word Sementara (Temporary)

Jika cara yang digunakan di atas tidak berjaya, anda mungkin perlu berusaha lebih untuk mendapatkannya. Caranya adalah dengan mencari fail-fail sementara.

Fail-fail sementara merupakan fail yang diwujudkan bagi menyimpan sebahagian maklumat sementara sesebuah fail baru tersebut diwujudkan. Sambungan penghujung nama fail sementara adalah .”tmp”.

Untuk mendapatkannya, klik pada butang Start dan taipkan “%temp%” kotak carian Windows 10. Anda juga boleh mencarinya di folder-folder lain dengan menaipkan “.tmp” pada kotak carian Windows Explorer.

Jika fail berkenaan masih lagi elok, anda masih lagi boleh membukanya. Namun, jika tidak boleh dibuka, anda berhadapan dengan masalah fail yang rosak.

Mengkonfigurasi fungsi AutoSave atau AutoRecover Microsoft Word untuk mencegah kehilangan dokumen

Untuk mengelakkan dari menyelongkar folder ‘Temporary’ di masa akan datang, anda boleh melakukan konfigurasi pada Microsoft Word.

  • Klik pada tab “File” dan pilih “Options.” (untuk Word 2010 ke atas)Atau untuk Word 2007, klik pada Office Start button, dan klik pada butang “Word Options.”
  • Pada tetingkap baru, klik pada “Save” dan seterusnya anda akan melihat pilihan seperti “Save AutoRecover information every ** minutes” pada panel sebelah kanan.
  • Di sini anda boleh menentukan kekerapan ‘AutoSave’ yang akan dijalankan apabila anda membuka dan menyunting sesebuah dokumen Microsoft Word.

Kesimpulan

Adakah panduan di atas dapat membantu anda mencari dan memulihkan semula dokumen-dokumen Microsoft Word yang hilang disebabkan tidak sempat disimpan? Nyatakan kepada kami melalui ruangan komentar di bawah.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.