Utama Komputer Cara baiki masalah ‘Bad System Config Info’ Windows 10

Cara baiki masalah ‘Bad System Config Info’ Windows 10

2719
0

Masalah ralat ‘Bad System Config Info’ pada Windows 10 merupakan masalah yang sering diketemukan pada komputer Windows 10. Punca mungkin disebabkan oleh fail sistem dan registry yang tidak berfungsi atau dari fail Boot Configuration Data (BCD).

Sesetengah fail-fail turutan boot di dalam BCD atau fail-fail lama di dalamnya mungkin terdapat konflik dengan fail-fail baru yang lebih stabil. Apabila perkara ini berlaku, ralat Blue Screen of Death (BSoD) akan muncul.

Masalah ini juga boleh terjadi akibat:

  • Masalah perkakasan
  • Tetapan sistem yang tidak betul
  • Masalah driver
  • Masalah dari kemaskini utama

Bagaimanapun, sesetengah mesej ralat ini tampil dengan penerangan kepada punca kemungkinan masalah tersebut berlaku. Berikut adalah beberapa cara penyelesaian yang mungkin boleh dicuba untuk menyelesaikan masalah ‘Bad System Config Info ‘ pada Windows 10.

Periksa Perkakasan Anda

Perkakasan yang bermasalah seperti RAM atau pemacu storan komputer anda mungkin boleh menjadi punca. Cara paling mudah untuk mengatasinya adalah dengan menggantikan perkakasan yang menjadi punca masalah berkenaan. Pastikan anda benar-benar dapat mengenalpasti perkakasan mana yang menjadi penyebab masalah.

Kemaskini Driver Perkakasan (hardware driver)

Driver yang tidak sesuai atau yang tidak dikemaskini mampu menyebabkan pelbagai isu berlaku pada komputer anda. Salah satunya boleh menjadi punca kepada ralat BSoD jenis Bad System Config Info.

Untuk menyelesaiaknnya, kemaskini driver perkakasan anda sekerap mungkin bagi memastikan perkakasan-perkakasan anda mempunyai driver yang terkini.

Arahan bcdedit melalui CMD

Kadangkala masalah ralat Bad System Config Info boleh terjadi apabila terdapat kesilapan pada konfigurasi sistem atau tidak dikonfigurasikan dengan betul. Selain itu, jika memori atau pemprosesan di dalam fail konfigurasi ditetapkan pada nilai (value) yang salah, ralat berkenaan boleh juga berlaku.

Untuk melakukannya, anda perlu mengakses ke menu Advanced Startup Windows 10:

  1. Klik Start
  2. Klik Power
  3. Tekan dan pegang (hold) kekunci Shift dan tekan Restart
  4. Pada paparan “Choose an Option”, pilih Troubleshoot
  5. Di dalam Troubleshoot, pilih “Advanced Options”
  6. Di dalam Advanced Options, pilih Command Prompt
  7. Komputer anda akan Restart dan akan memaparkan Command Prompt dengan berlatar skrin biru. Anda akan ditanya pilihan akaun Windows untuk meneruskan. Tekan Enter dan masukkan kata laluan anda.
  8. Masukkan baris arahan berikut di dalam Command Prompt:
    bcdedit/deletevalue {default} numproc
    bcdedit/deletevalue {default} truncatememory
  9. Tutupkan Command Prompt
  10. Mulakan Windows 10 sekali lagi

Baiki Fail BCD

Jika fail BCD anda sudah korup atau rosak, mesej ralat Bad System Config Info mungkin tertera dan menghalang anda dari masuk ke Windows 10 dan juga Safe Mode.

Penyelesaiannya, anda memerlukan pemacu USB boleh-boot atau DVD instalasi sistem operasi anda. Anda juga boleh cuba mewujudkannya dengan Media Creation Tool jika tidak memiliki DVD instalasi Windows 10.

Berikut adalah langkah-langkah untuk baiki fail BCD Windows 10

  1. Masukkan DVD instalasi Windows 10 atau pemacu USB boleh boot Windows 10 ke PC anda
  2. Proses setup Windows 10 akan dimulakan
  3. Klik Next
  4. Klik “Repair Your Computer”
  5. Pilih “Troubleshoot -> Advanced Options -> Command Prompt.”
  6. Masukkan baris arahan berikut ke dalam Command Prompt. (Tekan Enter pada setiap baris untuk melaksanakan arahannya)
    bootrec /repairbcd
    bootrec /osscan
    bootrec /repairmbr
  7. Tutup Command Prompt
  8. Restart komputer anda

Nota: Arahan terakhir yang anda masukkan akan memadam dan mewujudkan semula Master Boot Records. Hati-hati ketika melakukannya!

Baiki registry Windows 10

Terdapat beberapa isu pada registry yang menyebabkan masalah ini berlaku dan mungkin dapat dibaiki melalui registry melalui cara berikut:

  • Masukkan DVD instalasi Windows 10 atau pemacu USB boleh boot Windows 10 ke PC anda
  • Proses setup Windows 10 akan dimulakan
  • Klik Next
  • Klik “Repair Your Computer”
  • Pilih “Troubleshoot -> Advanced Options -> Command Prompt.”
  • Masukkan baris arahan berikut ke dalam Command Prompt. (Tekan Enter pada setiap baris untuk melaksanakan arahannya)
    CD C:\Windows\System32\config
    ren C:\Windows\System32\config\DEFAULT DEFAULT.old
    ren C:\Windows\System32\config\SAM SAM.old
    ren C:\Windows\System32\config\SECURITY SECURITY.old
    ren C:\Windows\System32\config\SOFTWARE SOFTWARE.old
    ren C:\Windows\System32\config\SYSTEM SYSTEM.old

    Nota: Setiap folder di dalam arahan-arahan di atas dinamakan semula sebaik sahaja anda menekan kekunci Enter dan sebaik ianya dilaksanakan Windows 10 tidak akan menggunakannya lagi. Ianya boleh sahaja dipadamkan, namun lebih baik ianya dinamakan semula supaya mungkin boleh digunakan semula jika anda melakukan system restore di masa hadapan.

  • Seterusnya, masukkan baris arahan berikut;
    copy C:\Windows\System32\config\RegBack\DEFAULT C:\Windows\System32\config\
    copy C:\Windows\System32\config\RegBack\SAM C:\Windows\System32\config\
    copy C:\Windows\System32\config\RegBack\SECURITY C:\Windows\System32\config\
    copy C:\Windows\System32\config\RegBack\SYSTEM C:\Windows\System32\config\
    copy C:\Windows\System32\config\RegBack\SOFTWARE C:\Windows\System32\config\

    Proses ini akan menyalin salinan (backup) registry dan menggantikan fail-fail lama. Tutup Command Prompt dan restart komputer anda.

Baiki ralat Bad System Config Info dengan System Restore

Jika cara-cara di atas tidak mampu menyelesaikan masalah ‘Bad System Config Info’, anda mungkin boleh cuba dengan cara berikut:

  1. Klik Start
  2. Klik Power
  3. Tekan dan pegang (hold) kekunci Shift dan tekan Restart
  4. Pada paparan “Choose an Option”, pilih Troubleshoot
  5. Pilih “Troubleshoot -> Advanced Options -> System Restore.”
  6. Pilih nama pengguna
  7. Ikuti arahan seterusnya sehingga tiba pada bahagian pilihan “point restore”, pilih pada tarikh apa yang anda inginkan
  8. Klik ‘Next’ dan tunggu sehingga prosesnya selesai

Reset Windows 10

Ini merupakan cara terakhir jika semua langkah-langkah yang diatas tidak dapat menyelesaikan masalah anda. Sebelum melakukan reset, pastikan anda sudah pun membuat sandaran (backup) fail-fail komputer anda. Ini kerana kesemua fail akan dipadamkan dari fail C apabila anda melalukan reset Windows.

  1. Klik Start
  2. Klik Power
  3. Tekan dan pegang (hold) kekunci Shift dan tekan Restart
  4. Pada paparan “Choose an Option”, pilih Troubleshoot
  5. Pilih “Troubleshoot -> Reset this PC”
  6. Pilih “Remove everything -> Only the drive where Windows is installed -> Just remove my files.”
  7. Klik Reset dan tunggu sehingga keseluruhan proses selesai. Anda akan mendapati PC anda diformat baru dengan Windows 10.

Reset Windows sepatutnya mampu menyelesaikan masalah jika ia melibatkan masalah di peringkat perisian.

Adakah anda dapat menyelesaikan masalah BSOD yang menghasilkan ralat ‘Bad System Config Info’, atau tidak? Nyatakan kepada kami pada ruangan komentar di bawah.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.