Utama Teknologi Keselamatan Kata laluan ‘123456’ masih lagi kerap digunakan oleh Netizen

Kata laluan ‘123456’ masih lagi kerap digunakan oleh Netizen

795
0

Kata laluan sudah menjadi satu keperluan wajib untuk setiap pengguna internet hari ini. Namun, melihat perkembangan semasa, masih ramai lagi pengguna yang tidak mengambil berat mengenai pemilihan kata laluan masing-masing.

Menurut TechSpot, Pusat Keselamatan Siber Kebangsaan UK telah mengananalisa kata laluan yang diketemukan dalam pangkalan data awam akaun-akaun pengguna yang telah diceroboh. Pihak agensi telah mendapati kata laluan ‘123456’ masih lagi digunakan oleh 23.2 juga pengguna.

Selain itu, kata-kata laluan ringkas dan mudah seperti ‘123456789’, ‘1111111’, ‘qwerty’ dan ‘passwords’ masih lagi digunakan secara meluas oleh kebanyakan pengguna.56

Laporan yang diterbitkan oleh agensi keselamatan siber berkenaan merupakan hasil kerjasama dengan Encik Troy Hunt, pemilik portal Have I Been Pwned, sebuah laman yang berkongsikan maklumat kepada pengguna sama ada alamat emel atau kata laluan telah dikompromi atau tidak.

Apa yang pentingnya di sini adalah pengguna amat diwajibkan supaya memiliki kata laluan yang amat sukar diteka agar dapat mencegah kecurian data dan identiti dari digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sumber berita diperoleh daripada Techspot

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.