Utama Teknologi Porsche dilaporkan rancang buka kilang pemasangan di Kedah

Porsche dilaporkan rancang buka kilang pemasangan di Kedah

572
0

Porsche dilaporkan sedang merancang untuk membuka kilang pemasangan baharu untuk keretanya di Kedah. Menurut akhbar The Edge, pengeluar kereta terkemuka Eropah berkenaan akan menjalinkan usahasama dengan Inokom Corporation Sdn Bhd.

Setakat ini tidak dimaklumkan tarikh pembinaan kilang pemasangan dengan usaha sama dengan anak syarikat Sime Darby motors berkenaan diumumkan.

Kilang pemasangan berkenaan, jika berjaya dibina bakal menjadi kilang pemasangan Porsche pertama yang dipasang di luar German. Ini seterusnya mengikut jejak langkah syarikat induknya, Volkswagen yang telah mempunyai fasilitinya sendiri di Pekan, Pahang.

The Edge turut menambah, langkah dari Porsche ini bakal memacu industri tempatan yang kini agak ketinggalan dengan negara jiran seperti Thailand dan Indonesia.

Timbalan Pengarah Komunikasi Korporat Porsche, Christian Weiss dipetik The Edge, menyebut rantau Asia Tenggara berpotensi besar dan pihaknya sedang melihat pilihan yang lebih besar untuk mengembangkan pasaran.

Porsche bagaimanapun masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkembangan terbaru ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.