POCO baru-baru ini telah melancarkan model berspesifikasi tertinggi M3, POCO M3 Pro 5G. Selain dari sokongan untuk teknologi selular generasi berikutnya, model Pro ini juga membawakan sedikit perubahan pada rekaan luarannya.

Dikuasakan oleh cipset lapan-teras MediaTek Dimensity 700 bersama-sama RAM LPDDR4X dan storan dalaman UFS 2.2, M3 Pro 5G turut dilengkapkan dengan skrin LCD Full HD+ 6.5-inci yang dilindungi oleh lapisan Corning Gorilla Glass 3.

Paparannya juga mempunyai kadar penyegaran semula 90Hz dan mempunyai ciri yang dinamakan sebagai DynamicSwitch. Ciri ini membolehkan kadar penyegaran semula diubah secara automatik berdasarkan kandungan yang dipaparkan di skrin.

Untuk kameranya, M3 Pro 5G menawarkan kamera utama 48MP f/1.79 sebagai sensor utama, bersama-sama sensor 2MP makro dan sensor kedalaman 2MP. Kamera swafoto di bahagian hadaapnnya pula mempunyai sebuah sensor 8MP f/2.0.

Selain itu, POCO juga menyediakan bicu audio 3.5mm, pemancar infra merah, NFC dan pengimbas cap jari yang ditempat di sebelah sisinya.

Melengkapkan spesifikasinya, sebuah bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W. Bagaimanapun, POCO menyediakan sebuah pengecas 22.5W bersama-sama pembelian telefon ini.

Harga POCO M3 Pro 5G untuk varian RAM 4GB dan storan dalam 64GB adalah RM 699. Manakala untuk RAM 6GB dan storan 128GB pula harganya adalah RM 799.

Sebagai promosi pengenalan telefon pintar ini, POCO akan menawarkan  POCO M3 Pro 5G pada harga RM 599 untuk 4GB/64GB dan RM 699 untuk 6GB/128GB dari 6 hingga 7 JUn di kedai dalam talian rasmi POCO di Shopee.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.