Utama Komputer NVIDIA GeForce RTX 3080 Ti dan RTX 3070 Ti dilancarkan; Akan tiba...

NVIDIA GeForce RTX 3080 Ti dan RTX 3070 Ti dilancarkan; Akan tiba Bulan ini dengan harga dari RM 2,880

532
0

NVIDIA telah mengumumkan kad grafik baharunya, GeForce RTX 3080 Ti dan RTX 3070 Ti menerusi ucaptamanya di Computex 2021. Kedua-dua kad grafik ini merupakan penambahbaikan dari RTX 3080 dan RTX 3070 yang sedia ada di pasaran.

RTX 3080 Ti, hadir dengan 12GB GDDR6X, 34 Shaders-TFLOPS, 67 RT-FLOPS, dan 273 Tensor-TFLOPs. Kad grafik ini juga mempunya 10240 CUDA Cores, jam memori 19Gbps dan bas memori 384-bit.

Dari segi prestasi, NVIDIA mengatakan kad ini 1.5x lebih berkuasa dan pantas dari RTX 2080 Ti. Kuasa TDP yang diperlukannya juga lebih tinggi iaitu 350W, 30W lebih dari RTX 3080. Kad ini juga mempunya lewahjam 1665MHz, 112 ROP dan lebar jalur memori 912GB/s.

GeForce RTX 3080 Ti akan mula berada di pasaran pada 3 Jun ini dengan harga RM 5,800.

Seterusnya,  RTX 3070 Ti dari segi luarannya kelihatan berbeza dari RTX 3070 kerana menggunakan rekaan aliran dwi-paksi menyongsang seperti yang digunakan pada RTX 3080 dan RTX 3090.

Memori kad grafik terbaru dari NVIDIA ini menggunakan GDDR6X berjumlah 8GB. Selain itu, ianya akan mempunyai 22 Shader-TFLOPS, 42 RT-TFLOPS, dan 174 Tensor-TFLOPs. Dari segi prestasi, NVIDIA mengatakan kad ini 1.5x lebih berkuasa berbanding RTX 2070 Super, dan lebih kurang 20% lebih pantas dari RTX 3070.

GeForce RTX 3070 Ti akan dijual pada harga RM 2,880 bermula dari 10 Jun 2021.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.