Utama Mobile Aplikasi Pop Meals sedia Hidangan “The Mac-deka Trio“ bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan

Pop Meals sedia Hidangan “The Mac-deka Trio“ bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan

409
0
Pop Meals Mac-deka Trio

KUALA LUMPUR, 30th OGOS 2022 –  Menghidangkan jutaan hidangan setiap tahun sejak ditubuhkan pada 2020,  rangkaian restoran makanan segera, Pop Meals,  benar- benar memahami  citarasa masyarakat di negara ini.

Disokong oleh teknologi kecerdasan buatan ( AI ) yang menganalisa setiap pesanan  dan maklum balas yang diberikan pelanggan, Pop Meals memprofilkan  lebih 500 ribu rakyat Malaysia untuk menentukan pilihan perisa  yang digemari mereka yang mana sebanyak 40 peratus memilih perisa keju dan berkrim  dan sebanyak 37 peratus lagi  lebih cenderung  memilih hidangan berperisa pedas.

Apabila berkisar kepada sumber  protein, lebih 90 peratus menjadikan ayam sebagai pilihan hidangan mereka. 

Menu istimewa sempena Kemerdekaan

Menerusi data ini,  restoran yang menyediakan rangkaian perkhidmatan  makanan segera Malaysia ini akan menampilkan hidangan “Mac and Cheese” menerusi tiga menu  pelbagai pilihan iaitu “ Mac – deka Trio”, yang mana hidangan ini termasuk ”Masak Lemak Mac and Cheese”,  yang dicipta khas sempena kemerdekaan tahun ini dan menu popular  yang sentiasa digemari  “Super Creamy Mac and Cheese” serta “Crazy Spicy Mac and Cheese”. Menu ini akan tersedia untuk dinikmati  untuk masa terhad sahaja iaitu antara 29 Ogos dan 30 September ini. 

Mengenai kenapa Pop Meals menampilkan hidangan klasik restorannya,  “Mac and Cheese” dalam  citarasa tempatan, Pengurus Besar Pop Meals, Shaik Ali, berkata “ Daripada 30 jenis hidangan dalam menu restoran kami, hidangan “Mac and Cheese” kami  adalah menu  kegemaran dalam kalangan rakyat negara ini,”.

“Kami sudah menghidangkan  lebih daripada satu juta hidangan “ Mac and Cheese” di sebanyak 32 cawangan sekitar Lembah Klang dan Seremban sejak cawangan  kedai pertama  “Pop Meals“ dibuka pada 2020 lalu. 

Menu ini juga telah melalui sebanyak 45 proses penambahbaikan sejak ia mula dilancarkan dan kami masih terus menambah baik berdasarkan maklum balas pelanggan  setiap hari yang diterima kami.

Pada awalnya, pihak kami menganggap  menu “Crazy Spicy Mac & Cheese”  terlalu  pedas tetapi pelanggan memberitahu kami,  mereka mahu hidangan itu menjadi lebih pedas, jadi ini adalah antara cara kami melakukan penambahbaikan dalam setiap menu yang kami tampilkan!l Boleh dikatakan rakyat Malaysia sangat gemar makanan pedas.

Mac and Cheese bercitarasa Malaysia

“Kami mencabar sesiapa sahaja untuk mencari “Mac and Cheese”  yang lebih popular daripada menu yang kami hasilkan ini di Malaysia  dan kami amat teruja untuk meraikan sambutan Hari Kemerdekaan Ke -65 ini menerusi tiga jenis menu “Mac and Cheese” yang benar-benar bercitarasa Malaysia.

Shaik juga berkata, “The Mac-deka  Trio”, menyerlahkan citarasa penuh berkrim, enak dan rasa pedas yang sangat digemari rakyat Malaysia.

“Resepi  citarasa asli  Malaysia  “Mac and Cheese” ini  sama dengan menu kami yang lain,  yang mana ia adalah hasil  analisa daripada maklum balas  ribuan pelanggan dan berdasarkan maklum balas ini,  menerusi kecerdasan buatan (AI),  kami menentukan tahap perisa krim,  rasa kelazatan dan kepedasan yang paling mahu  dinikmati  oleh rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur supaya setiap hidangan yang dihasilkan dari dapur “Pop Meals” akan  pasti menjadi kegemaran ramai,” tambahnya.

Pop Meals juga akan memberikan  satu hidangan “Mac–deka and Cheese”  secara percuma kepada pelanggan dengan setiap  pembelian tiga menu ala carte “Mac –deka Mac and Cheese”  menerusi kod baucer MACDEKA31 pada aplikasi Pop Meals.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.