Utama Mobile Aplikasi Pejabat Perdana Menteri panggil Meta untuk jelaskan sekatan terhadap FB, IG PM

Pejabat Perdana Menteri panggil Meta untuk jelaskan sekatan terhadap FB, IG PM

205
0

Pejabat Perdana Menteri telah memanggil wakil Meta Platforms Inc (Meta) hari ini untuk menjelaskan tindakan menyekat beberapa hantaran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Facebook dan Instagram.

Ia berikutan ucapan takziah oleh Perdana Menteri kepada Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh yang dibunuh di Tehran, Iran pada minggu lalu. Selain itu, siaran langsung program Himpunan Pembebasan Palestin di Stadium AXIATA Bukit Jalil pada malam tadi juga mengalami gangguan di platform-platform berkenaan.

Difahamkan Perdana Menteri kesal dengan sekatan terhadap hantaran berkenaan dan inginkan penjelasan lanjut daripada pihak Meta berhubung perkara tersebut. Pertemuan pada petang ini juga akan mendapatkan pejelasan terhadap gangguan yang dilaporkan berlaku ketika siaran langsung himpunan pada malam tadi yang dihadiri lebih dari 15,000 orang.

Semalam, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyatakan satu pertemuan akan diadakan dengan Meta berhubung sekatan kandungan berkaitan Palestin dari platform media sosual Perdana Menteri di Putrajaya.

Semakan di akaun Facebook Anwar sebelum ini mendapati, tiga hantarannya bagi mengutuk pembunuhan Haniyeh dan berkongsi gambar pertemuan dengan pemimpin Hamas itu diturunkan daripada aplikasi media sosial berkenaan.

Gambar yang diturunkan itu memaparkan Anwar bersama pemimpin Hamas, turut disertakan dengan kapsyen ‘Dangerous individuals and organisations’.

Instagram pula memaklumkan hantaran gambar itu diturunkan kerana mengandungi ‘simbol, pujian atau sokongan ke atas orang dan pertubuhan yang kami takrifkan sebagai bahaya’.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.