Utama Mobile Perkakasan Penggodam kenakan pengguna Pengguna Pembesar Suara Sonos, Bose; mainkan audio seram

Penggodam kenakan pengguna Pengguna Pembesar Suara Sonos, Bose; mainkan audio seram

839
0

Penggodam-penggodam mampu menggodam sesetengah model pembesar suara jenama Sonos dan Bose dengan memainkan audio-audio seram, arahan suara Alexa dan juga memainkan lagu-lagu dendangan Rick Astley seperti “Never Gonna Give You Up” bagi mengenakan (prank) penggunanya. Lapor portal Wired.

Penyelidik di Trend Micro telah mendapati pembesar suara seperti Sonos Play:1, Sonos One, dan Bose SoundTouch merupakan pembesar suara yang berisiko untuk digodam. Penggodam mampu memanipulasi pembesar-pembesar suara berkenaan dengan melakukan imbasan internet ringkas dan boleh menemukannya jika ianya disambungkan ke rangkaian yang tersalah konfigurasi.

Jika pembesar-pembesar suara tersebut telah ditemui oleh penggodam setelah melakukan imbasan internet, penggodam boleh membuatkannya memainkan sebarang fail audio pada URL tertentu dengan memanipulasi API peranti berkenaan.

Berdasarkan penemuan oleh Trend Micro, sebanyakj 2,500 hingga 5,000 peranti Sonos 400 hingga 500 peranti Bose terdedah kepada ancaman godaman audio ini.

Sungguhpun terdapat kebarangkalian kerentanan ini boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat IP dan juga ID peranti-peranti bersambungan, godaman pembesar suara ini lebih menjurus ke arah mengenakan penggunanya sahaja, berdasarkan catatan Wired.

Sebelum ini seorang wanita telah melaporkan mendengar bunyi tangisan bayi menangis dan gelas pecah pada waktu larut malam. Hasil penemuan akhirnya mendapati bunyi-bunyi berkenaan datangnya pembesar suara Sonos miliknya yang mempunyai program API terbuka.

Hal seperti pembesar suara digodam dan menghasilkan bunyi-bunyian seram seperti ini bukanlah perkara baru. Dulu, pada tahun 2014, seorang pembangun telah menghasilkan godaman interaktif yang dinamakan Ghosty yang bertujuan untuk mengenakan orang.

Jadinya, kalau lepas ni korang terdengar bunyi-bunyian pelik dalam rumah korang, cuba check speaker korang dulu. Mana tau kot speaker korang tu dah kena hack.

Sumber berita diperoleh dari Wired

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.