Utama Mobile Android Samsung dan LG dakwa tidak memperlahankan prestasi telefon model lama keluaran mereka

Samsung dan LG dakwa tidak memperlahankan prestasi telefon model lama keluaran mereka

814
0

Tindakan Apple mengaku sengaja memperlahankan prestasi iPhone generasi lama telah menyebabkan mereka menerima kecaman dari pelbagai pihak sungguhpun dengan alasan bagi menyeimbangkan prestasi pemprosesan iPhone dengan kapasiti bateri yang semakin merosot.

Kini, Samsung dan LG mengambil kesempatan ini untuk menaikkan imej masing-masing dengan mengakui pihak mereka tidak pernah melakukan perkara sedemikian rupa. Terdahulu, syarikat pengeluar lain seperti Motorola dan HTC turut membuat pengakuan tentang hal ini.

Namun, tidak adil untuk dibuat perbandingan antara kedua-dua jenis sistem telefon pintar ini. Memandangkan Apple bertanggungjawab menghasilkan perisian dan juga perkakasannya. Manakala bagi sistem Android pula, pengeluar mengeluarkan perkakasan dan perisiannya pula diuruskan Google dengan beberapa pengubahsuaian pada perisian mengikut kesesuaian pengeluar.

Isunya disini adalah tentang ketelusan dengan pelanggan dan tindakan Apple berterus terang ini pun bukannya datang dengan sendirinya. Itupun setelah pelbagai desas-desus berserta penemuan yang dapat dibuktikan oleh seorang pembangun. Kalau tak jumpa punca ni dan tak didedahkan kepada orang ramai, memang sampai ke sudah la pengguna ramai pengguna yang tak tahu.

Sumber berita diperoleh dari Phonearena

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.