Utama Telco Time Time perkenalkan Pakej MyKabel pada Mac ini; Pelan Internet Jalur Lebar 100Mbps...

Time perkenalkan Pakej MyKabel pada Mac ini; Pelan Internet Jalur Lebar 100Mbps pada harga RM69 sebulan

512
0
Pakej MyKabel Time Pakej Perpaduan

Time baru-baru ini telah mengumumkan pelan jalur lebar tetap fiber baharunya yang dikenali sebagai Pakej MyKabel. Menerusi pelan khusus ini, pelanggan yang layak akan menerima perkhidmatan internet berkelajuan 100Mbps pada harga RM69 sebulan.

Pakej MyKabel hanya ditawarkan kepada golongan sasar sebagaimana Pelan Perpaduan yang diumumkan oleh pihak kerajaan baru-baru ini. Menurut Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap dikhususkan kepada golongan berpendapatan kategori B40, warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan veteran.

Untuk Pakej MyKabel ini, ia hanya boleh didapati di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang menerima liputan rangkaian internet fiber Time. Buat masa ini, hanya beberapa kawasan PPR terpilih yang mempunyai ketersediaan rangkaian dari Time seperti:

  • PPR Kampung Baru HICOM, Selangor
  • PPR Kota Damansara, Selangor
  • PPR Lembah Subang, Selangor
  • PPR Taman Putra Damai, Selangor (Lembah Subang 1)
  • PPR Kerinchi, Kuala Lumpur
  • PPR UDA Utama, Johor
  • PPR Taman Perling, Johor (Jalan Rawa 1)
  • PPR Taman Perling, Johor (Jalan Rawa 7)

Berbanding pakej bulanan biasa RM99 sebulan, Pakej MyKabel ini hadir dengan rebat bulanan RM30 untuk pelanggan Time Fibre Home 100Mbps. Rebat ini ditawarkan sepanjang tempoh kontrak 24 bulan tersebut.

Sebagai perbandingan, berikut adalah pelan Time Fibre Home sedia ada sehingga Februari 2023:

  • Time Fibre Home 100Mbps: RM99
  • Time Fibre Home 500Mbps: RM139
  • Time Fibre Home 1Gbps: RM199
  • Time Fibre Home 2Gbps: RM379

Dari segi ketersediaan pelan ini untuk pelanggan yang terpilih, ia akan ditawarkan dalam waktu yang sama Pakej Perpaduan ditawarkan iaitu sekitar Mac 2023. Anda yang layak dan berminat boleh memohon Pakej MyKabel Time ini bermula dari Mac hingga penghujung Disember 2023.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.