Utama Mobile Telco Pakej Perpaduan untuk Jalur Lebar Tetap sediakan Internet 30Mbps pada harga RM69...

Pakej Perpaduan untuk Jalur Lebar Tetap sediakan Internet 30Mbps pada harga RM69 sebulan

1473
0
Internet Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap RM69

Individu yang layak boleh mendapatkan internet jalur lebar tetap pada harga yang lebih rendah dari yang ditawarkan di pasaran menerusi Pakej Perpaduan yang diumumkan baru-baru ini.

Sebagaimana yang telah didedahkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil semalam, pakej yang akan hadir pada Mac ini ditawarkan secara khusus kepada kelompok berpendapatan B40, pesara, orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas.

Berharga RM69 sebulan, Pakej Perpaduan ini menyediakan internet berkelajuan 30Mbps dengan data tanpa had bersama-sama kontrak yang diikat untuk tempoh 24 bulan.

Menurut Fahmi Fadzil, pakej ini akan ditawarkan menerusi Penyedia Perkhidmatan Internet (Internet Service Providers, ISP) utama seperti Astro, CelcomDigi, Maxis, Time Internet, TM, U Mobile, dan YTL Communications (YES).

Pakej internet jalur lebar tetap paling murah setakat Januari 2023

Buat masa ini, pakej internet jalur lebar tetap paling murah yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi ini adalah seperti berikut:

Secara keseluruhannya, Pakej Perpaduan baharu ini memberikan penjimatan sekitar 13% hingga 22% setiap bulan berbanding pakej pelan fiber 30Mbps sedia ada. Jika dibandingkan dengan pelan jalur lebar tanpa wayar pula, penjimatannya mampu mencecah sehingga 53%.

Pengumuman dari Menteri Fahmi Fadzil tersebut bagiamanapun tidak menyatakan berkenaan pelan jalur lebar talian tetap tanpa wayar dan setakat ini hanya YTL menjadi ISP yang menawarkan pakej tanpa wayar sahaja. Selain dari itu, sehingga kini masih banyak lagi kawasan di seluruh Malaysia yang tidak mempunyai liputan talian fiber di kawasan kediaman.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.