Sebelum ini Galaxy S20 FE hadir sebagai alternatif telefon mercu Samsung pada harga bajet. Kemunculannya telah disambut baik oleh kebanyakan peminat Samsung dan kesinambungannya diteruskan lagi oleh Samsung Galaxy S21 FE 5G pula.
Pada asalnya, model baharu ini disasarkan hadir pada tahun lepas dalam tempoh yang lebih kurang sama seperti S20 FE dilancarkan sebelum itu. Namun, disebabkan oleh faktor kekurangan bekalan komponen di pasaran global telah mengakibatkan berlakunya kelewatan dalam pengeluaran.
Pun begitu, Samsung Galaxy S21 FE 5G tetap juga hadir menemui pengguna awal Januari tahun ini. Pelancarannya yang begitu dekat dengan tarikh Samsung Galaxy S22 dijangka dilancarkan membuatkan penerimaan pengguna pada kali ini kelihatan agak berbelah bahagi.
Namun, buat anda yang ingin memiliki ciri-ciri menarik dari siri Samsung Galaxy S21 pada harga yang lebih rendah, Samsung Galaxy S21 FE 5G mungkin mampu memberikan anda jawapan.
Isi Kandungan
Rekaan Samsung Galaxy S21 FE 5G
Dari segi luarannya, telefon pintar mercu berharga mampu milik ini menyediakan kerangka dan badan dari bahan polikarbonat, sama seperti Galaxy S20 FE sebelum ini. Ia berbeza dengan Galaxy S21 yang menyediakan kerangka logam dengan permukaan panel belakang yang diperbuat dari ‘glasstic’.
Hal ini bagaimanapun bukanlah sesuatu buruk memandangkan keutuhan binaannya masih lagi sama dengan ciri premiumnya. Sepanjang tempoh saya menggunakannya, beberapa kali saya telah terjatuhkannya ke atas lantai dan didapati ia masih lagi elok tanpa sebarang kerosakan yang nyata. Tambahan pula, paparannya diperkasakan dengan Gorilla Glass Victus menjadikan ia lebih tahan lasak.
Galaxy S21 FE hadir dalam empat warna pilihan iaitu hitam, putih, hijau zaitun dan ungu lavender. Seperkara lagi yang perlu diketengahkan adalah beratnya cuma 177g sahaja.
Spesifikasi Samsung Galaxy S21 FE 5G
Untuk pasaran Malaysia, varian yang ditawarkan menggunakan cipset Exynos 2100 bersama-sama RAM 8GB dan storan pilihan 128GB atau 256GB.
Paparan:Â 6.4-inch AMOLED (FHD+; 120Hz)
CPU: Exynos 2100
RAM:Â 8GB
Storage: 128GB atau 256GB
Kapasiti bateri: 4,500 mAh
Kuasa pengecasan: berwayar 25W; nirwayar 15W
Size: 6.1 x 2.9 x 0.31 inci
Weight: 177 gram
Prestasi penggunaannya bagi keperluan harian pada hemat saya lebih dari mencukupi terutama dari segi kelancarannya. Cuma, apabila saya menggunakannya untuk memainkan permainan mudah alih, ia akan berasa sedikit panas terutama pada permainan yang tinggi keperluan grafiknya.
Dari segi prestasi grafik, Samsung Galaxy S21 FE mampu menyokong permainan bergrafik intensif seperti Fortnite dan mampu menawarkan kualiti grafik yang unggul, sesuai dengan taraf cipset Exynos 2100 itu sendiri.
Kualiti Paparan Samsung Galaxy S21 FE 5G
Melalui skrin Dynamic AMOLED 2X 6.4-inci yang ditawarkan olehnya, Galaxy S21 FE menyediakan kualiti paparan yang premium. Ia juga menyokong resolusi sehingga 2400 x 1080, kadar penyegaran semula 120Hz dan juga sokongan HDR10+.
Segala yang dipaparkan oleh skrinnya kelihatan jelas dan hampir sempurna sesuai dengan kekuatan Samsung yang biasanya lebih ke arah kualiti paparan.
Paparannya yang rata dengan sedikit melengkung pada bucu skrinnya juga memudahkan pemasangan pelindung skrin terbaja sebagai perlindungan tambahan.
Terdapat sebuah kamera swafoto pada sebelah atas paparannya yang ditempatkan pada bahagian berpenebuk lubang. Tidak ketinggalan, paparan ini juga menyediakan pengimbas cap jari terbina dalam skrin. Untuk menyahkunci paparan, anda boleh menggunakan fungsi imbasan cap jari yang ditempatkan pada sebelah bawah skrin.
Kamera Samsung Galaxy S21 FE 5G
Terdapat tiga buah kamera disediakan pada bahagian belakang Samsung Galaxy S21 FE 5G ini. Ia mengandungi tetapan seperti berikut:
- Utama – 12MP f/1.8 dwi-piksel PDAF, OIS
- Ultra-lebar – 12MP f/2.2
- Telefoto – 8MP f/2.4 PDAF, OIS, 3x Zum Optikal
Fungsi zum digital telefon pintar ini mampu mencapai sehingga 30x melalui sokongan yang dinamakan sebagai Space Zoom. Anda boleh mengambil foto bulan dengan lebih jelas berbanding kamera telefon biasa melalui fungsi ini.
Kamera telefoto ini hanya menawarkan 8MP sahaja berbanding S21 yang menawarkan kamera telefoto 64MP. Pun begitu, ia mampu mengambil gambar bulan yang menarik untuk dikongsikan di media sosial, hasil dari faktor kuasa pemprosesan imej dan juga perisian yang digunakannya.
Kesemua kamera ini mampu merekodkan video pada kualiti 1080p 30fps atau 4K 30fps, tetapi hanya kamera utama sahaja yang mampu merakamkan 1080p 60fps atau 4K 60fps.
Apa yang pasti, fungsi OIS pada kamera utama amat berperanan dalam menstabilkan gegaran imej dan juga rakaman video.
Bateri dan pengecasan
Baterinya pula, yang berkapasiti 4,500mAh mampu bertahan untuk penggunaan hampir sehari suntuk sebelum perlu dicaskan semula.
Biasanya, ketika sebelum saya masuk tidur, tahap baterinya akan tinggal sekitar 20% dan saya akan mengecaskannya pada waktu itu. Namun, jika anda menetapkan kadar penyegaran paparannya pada 120Hz, baterinya dapat bertahan sekitar 10 jam penggunaan.
Sama seperti model-model lain di dalam siri Galaxy S21, telefon ini tidak menyertakan pengecas di dalam kotaknya. Ia mampu menyokong pengecasan secara berwayar sehingga 25W melalui kabel USB-PD PPS standard.
One UI 4.0 dan pelbagai ciri-ciri lain
Galaxy S21 FE didatangkan bersama-sama Android 12 melalui antaramuka One UI 4.0. Untuk pengalaman penggunaannya, ia tidak jauh berbeza dengan versi sebelumnya.
Namun, ia tetap hadir dengan kelebihannya yang tersendiri terutama pada notifikasi, pilihan pengubahsuaian mengikut palet warna dan rekaan wijet baharu.
Ini tidak menghairankan memandangkan pada pendapat saya, kemaskini Android 12 sememangnya tidak membawakan perubahan yang besar. Dalam pada masa yang sama, Samsung turut menyediakan kemaskini Januari 2022 khusus untuk Galaxy S21 FE 5G ini.
Beberapa perkara perlu diambil perhatian terhadap model telefon pintar Samsung baharu ini. Antaranya ia tidak mempunyai bicu audio 3.5mm, dan tidak mempunyai slot kad mikro SD.
Untuk ketersambungan berwayarnya, telefon ini hadir dengan USB 3.0 dan sokongan output HDMI melalui Type-C termasuk Samsung DeX. Tidak dilupakan, telefon ini mempunyai penarafan IP68 untuk kerintangan air dan debu.
Harga Samsung Galaxy S21 FE 5G
Untuk pasaran Malaysia, terdapat dua pilihan storan yang ditawarkan dengan harga masing-masing seperti berikut:
- Samsung Galaxy S21 FE 5G (RAM 8GB / storan 128GB) – RM2,899
- Samsung Galaxy S21 FE 5G (RAM 8GB / storan 128GB) – RM3,099
Pembelian Samsung Galaxy S21 FE 5G bakal berpeluang menerima e-baucar sebanyak RM350 bagi pembelian seterusnya. Serta perlindungan 1 tahun percuma Samsung Care+ bernilai RM220.
Anda boleh mendapatkannya di Samsung Store, wakil-wakil jualan Samsung yang sah di seluruh negara atau secara dalam talian melalui