OPPO telah melancarkan Find N3 dan Find N3 Flip ke pasaran global termasuk Malaysia hari ini. Pelancaran telefon pintar boleh lipat yang berkesinambungan dari Find N2 dan Find N2 Flip tersebut telah dibuat di Singapura.
Harga OPPO Find N3 Flip dan Find N3 di pasaran Malaysia
Dijangka hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi, anda boleh membuat pra-pesanan bermula dari hari ini sehingga 27 Oktober 2023 pada harga berikut:
- Oppo Find N3 Flip – RM 4,299
- Oppo Find N3 – RM 7,999
Bagi setiap pra-pesanan, anda layak menerima pelbagai tawaran menarik
OPPO Find N3 Flip
Promosi pra-pesanan
- Waranti perlindungan skrin percuma bernilai RM699
- Rebat pra-pesanan RM200
- PWP Waranti lanjutan RM249 (harga asal, RM499)
- PWP selongsong PU mudah alih RM49 (harga asal RM149)’
Find N3 Flip merupakan telefon pintar boleh lipat gaya flip baharu keluaran OPPO. Ia kelihatan hampir sama dengan Find N2 Flip, namun mempunyai beberapa perubahan yang ketara.
Paling ketara adalah dari segi penggunaan pemprosesan MediaTek Dimensity 9200 dan tri-kamera pada kamera di paparan luarannya. Ia merupakan telefon pintar boleh lipat gaya flip pertama yang memperkenalkan ciri tersebut.
OPPO Find N3
Promosi pra-pesanan
- Percuma OPPO Pad Air (4+64GB) bernilai RM999
- Waranti perlindungan skrin bernilai RM799
- PWP waranti lanjutan RM299 (harga asal RM599)
- PWP selongsong PU bercagak RM99 (harga asal RM199)
Seterusnya, Find N3 merupakan naik taraf daripada Find N2. Telefon pintar boleh lipat berkenaan sebelum ini hanya dilancarkan di pasaran China sahaja.
Hadir dalam bentuk boleh lipat seperti sebuah buku, telefon pintar ini mempunyai skrin AMOLED 7.8-inci yang boleh dilipat untuk paparan dalamannya. Ia juga mempunyai skrin luaran bersaiz 6.3-inci yang juga jenis AMOLED.
Berbeza denga Find N3 Flip, telefon pintar ini menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 bersama-sama RAM 16GB dan storan UFS 4.0 berkapasiti sehingga 512GB.
Apa yang menarik, kedua-dua model telefon pintar boleh lipat ini tidak mempunyai renggang yang ketara apabila dilipat.
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi OPPO Malaysia untuk ketahui lebih lanjut berkenaan OPPO Find N3 dan Find N3 Flip.