OPPO secara rasminya telah mengumumkan telefon pintar baharu di dalam siri-A keluarannya. Ia merupakan A3 Pro versi yang lebih mesra bajet dengan perkakasan yang lebih rendah spesifikasinya.
Telefon pintar ini menampilkan paparan OLED 6.7-inci dengan kecerahan puncak 1,200 nits dan kadar penyegaran semula skrin 120Hz. Di dalamnya, ia menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 695 dengan RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 512GB. Untuk perlindungannya, ia dilengkapkan dengan kaca Corning Gorilla Glass 7i dan penarafan kerintangan air dan debu IP65.
Dair segi fotografinya, telefon pintar mesra bajet ini menampilkan kamera utama 50MP, sensor berkedalaman, serta sebuah kamera hadapan 8MP pada bahagian hadapannya. Sebuah bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan 45W turut dilengkapkan pada telefon pintar yang menggunakan antaramuka ColorOS 14 berasaskan Android 14.
OPPO A3 didatangkan dengan tiga pilihan warna dan dijual dengan harga bermula dari CNY1,600 (~RM1,036) untuk konfigurasi paling rendah, RAM 8GB dan storan 256GB. Setakat ini tidak dapat dipastikan bilakah telefon pintar ini akan menemui pengguna pasaran global.