Utama Android Samsung Jadi Pemenang Terawal Telefon Galaxy Baharu dengan Peraduan #AIGuessandWin Samsung Malaysia

Jadi Pemenang Terawal Telefon Galaxy Baharu dengan Peraduan #AIGuessandWin Samsung Malaysia

38
0

Masa hadapan telefon pintar akan diumumkan tidak lama lagi dan akan berpeluang untuk menjadi yang pertama merasainya!. Sertai peraduan #AIGuessandWin Samsung Malaysia yang mengujakan dan berpeluang mendapatkan inovasi Galaxy berikutnya yang dikuasakan oleh ciri-ciri AI rintis.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk turut serta:

Langkah 1: Layari (https://www.samsung.com/my/unpacked/) dan daftar minat anda dengan menjawab empat soalan tinjauan di sepanjang tempoh peraduan untuk berpeluang memenangi hadiah misteri harian. Sebagai bonus, kesemua peserta yang mendaftar akan menerima e-baucar eksklusif RM500 untuk digunakan pada pembelian peranti Galaxy yang akan diperkenalkan kelak.

Langkah 2: Libatkan diri dengan meninggalkan komen di dalam hantaran peraduan tersebut melalui Facebook, Instagram atau X (dahulu dikenali sebagai Twitter) Samsung Malaysia. Teka ciri-ciri baharu Galaxy AI baharu dan masukkan tanda pagar #AIGuessandWin , #GalaxyAI, #SamsungUnpacked.

Dua peserta dengan tekaan paling hampir tepat (dipilih tanpa mengira platform) akan memenangi hadiah paling ulung: peranti Galaxy baharu yang akan dilancarkan nanti!. Pemenang akan diumumkan menerusi saluran media sosial Samsung Malaysia pada 11 Julai 2024.

Ini merupakan peluang anda untuk menjadi yang pertama menikmati masa hadapan telefon pintar dengan ciri-ciri Galaxy AI termaju. Tandakan kalendar anda dan kongsikan dengan rakan-rakan anda!

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.