Syarikat teknologi pemula dari Carl Pei, Nothing akan melancarkan melancarkan Nothing Phone (2a) Plus selepas memperkenalkan Nothing Phone (2a) pada awal Mei ini. Setakat ini tidak banyak perincian yang dikongsikan berkenaan telefon pintar ini dan hanya iklan acah dan tarikh pelancarannya sahaja dimaklumkan.
Berdasarkan imej yang dikongsikan, kelihatan bentuk yang seakan-akan gegelung pengecasan nirwayar dari dua model telefon pintar pertama keluarannya. Ia menunjukkan kemungkinan Nothing Phone (2a) Plus akan menawarkan sokongan tersebut.
Nothing Phone (2a) dipasarkan sebagai telefon pintar peringkat menengah dari Nothing. Ia menawarkan paparan 6.7-inci, pemprosesan Dimensity 7200 Pro dengan sistem pencahayaan Glyph yang diringkaskan dan tanpa sokongan pengecasan nirwayar.
Plus. More. Extra.
Get ready for Phone (2a) Plus on 31 July. pic.twitter.com/AP7JEy8D94
— Nothing (@nothing) July 18, 2024
Pun begitu, telefon pintar berkenaan masih mampu menawarkan dwi-kamera 50MP, kerintangan air dan debu IP54 dan bateri 5,000mAh dengan hanya sokongan pengecasan berwayar 45W.
Mengambil kira model berkenaan adalah varian Plus, terdapat kemungkinan ia akan hadir dengan skrin yang lebih besar. Jika benar, ia mungkin menjadi telefon pintar Nothing paling besar setakat ini.

Selain itu, ia juga mungkin mempunyai sedikit kelebihan dari segi perkakasan seperti konfigurasi memori dan storan yang sedikit besar, kamera atau bateri yang lebih baik dan sebagainya.
Apa pun, ia masih lagi belum diketahui sehingga pengumuman rasmi Nothing Phone (2a) Plus yang dijangka akan dilancarkan pada 31 Julai 2024, jam 5 petang waktu tempatan.