Utama Android Honor HONOR 200 Lite akan hadir ke Pasaran Malaysia pada Harga RM1,299

HONOR 200 Lite akan hadir ke Pasaran Malaysia pada Harga RM1,299

226
0

HONOR akan melancarkan sebuah lagi telefon pintar peringkat menengah baharunya, HONOR 200 Lite. Ia merupakan model ketiga dari siri 200 dan disahkan akan hadir ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Salah sebuah kedai jualan HONOR telah mendedahkan harga jualan 200 Lite menjelang pelancarannya. Berdasarkan harga yang ditunjukkan HONOR Experience Store Sunway Putra Mall, telefon pintar peringkat menengah ini akan tiba di Malaysia dengan harga RM1,299. Hanya satu sahaja konfigurasi RAM dan storannya iaitu masing-masing 8GB dan 512GB.

HONOR 200 Lite menampilkan paparan AMOLED 6.7-inci 1080p dengan kecerahan puncak 1,200 nits, dan 2,000 nits untuk kandungan HDR. Untuk kadar penyegaran semula skrinnya, telefon pintar ini hanya menawarkan kadar 90Hz sahaja. Di dalamnya pula, ia menggunakan pemprosesan MediaTek Dimensity 6080 dan turut dilengkapkan dengan ciri tahan jatuhan serta jaminan penggantian depan dan belakang selama satu tahun.

Untuk fotografinya pula, telefon pintar ini menampilkan kamera utama 108MP bersama-sama kamera ultra lebar 5MP dan lensa makro 2MP. Di sebelah hadapannya pula disediakan kamera 50MP. Turut disediakan bateri berkapasiti 4,500mAh yang menawarkan sokongan pengecasan 35W.

Ikuti laman Facebook rasmi dan laman web rasmi HONOR Malaysia untuk mengikuti perkembangan terkini HONOR 200 Lite.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.