Utama Teknologi Kecerdasan Buatan Samsung perkenalkan beberapa ciri Galaxy AI ke Siri Galaxy Buds 2 dan...

Samsung perkenalkan beberapa ciri Galaxy AI ke Siri Galaxy Buds 2 dan Buds FE

70
0

Samsung telah mengumumkan sokongan beberapa ciri Galaxy AI untuk aksesori audio keluarannya seperti siri Galaxy Buds 2 dan Galaxy Buds 2. Berdasarkan maklumat dari Gizmochina ciri tersebut merangkumi Live Translation dan Interpretation.

Pengguna boleh bercakap terus pada mikrofon Buds dan suaranya akan diterjemahkan melalui siri Galaxy S24. Ia seterusnya membolehkan kedua-dua pihak berkomunikasi dalam bahasa yang berbeza asalkan kedua-duanya mempunyai siri Galaxy S24 dan siri Galaxy Buds 2 atau Galaxy Buds FE.

Ciri Live Translation pada Galaxy AI membolehkan pengguna membuat panggilan telefon dengan pengguna yang berbeza bahasa pertuturannya. Ia akan menterjemahkan bahasa yang dipertuturkan itu tadi dalam masa nyata. Untuk Interpretation pula, fungsinya lebih kurang sama dengan Live Translation tadi, cuma bezanya ia dilakukan secara bersemuka antara dua pengguna.Galaxy AI Live Translation

Kedua-dua ciri ini akan memaparkan perbualan yang diterjemahkan pada kedua-dua peranti pengguna terbabit. Buat masa ini platform Galaxy AI hanya eksklusif untuk siri Galaxy S24.

Menurut Samsung, fungsi terjemahan tersebut juga dilaksanakan terus di atas peranti berkenaan dan tidak memerlukan sambungan internet yang aktif. Cuma, pengguna perlu memuat turun pek-pek bahasa lebih awal.

Live Translation dan Interpretation untuk siri Galaxy Buds 2 dan Galaxy Buds FE pada ketika ini bagaimanapun hanya ditawarkan untuk pengguna di pasaran India sahaja. Kemaskini tersebut juga dijangka hadir ke pasaran-pasaran lain tidak lama lagi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.