Utama Android Nothing Nothing Phone (2) diperkenalkan secara rasmi; Akan dilancarkan di Malaysia 14 Julai...

Nothing Phone (2) diperkenalkan secara rasmi; Akan dilancarkan di Malaysia 14 Julai ini

205
0
Nothing Phone (2)

Nothing telah memperkenalkan telefon pintar keluarannya yang kedua Phone (2) menerusi pengumuman di Twitter. Berdasarkan imej pengolokan rasmi yang dikongsikan, telefon pintar ini akan hadir dengan dua pilihan warna, hitam dan putih.

Apa yang membezakan model kali ini dengan yang sebelumnya terletak pada susun atur jalur LED di bahagian belakangnya. Gelung di sekeliling kamera-kameranya kini dibahagikan kepada dua bahagian. Manakala gelung di bahagian tengahnya pula dibahgikan kepada enam bahagian.

Terdapat juga perubahan kecil pada susun atur di belakang kerangka lutsinar telefon pintar ini. Ia kini menyertakan bahagian separa bulatan yang kelihatan seperti sebuah suis dan lampu LED kecil. Pun begitu, rekaan bahagian hadapan Phone (2) ini masih lagi kekal misteri setakat ini.

Nothing Phone (2) dijadualkan akan diperkenalkan ke peringkat global pada 12 Julai ini. Untuk pasaran Malaysia pula, pihak Nothing telah mengesahkan telefon pintar ini akan dilancarkan pada 14 Julai 2023.

Dalam pada masa yang sama, Nothing turut menyatakan pihaknya menjalinkan kerjasama eksklusif dengan Yes bersempena hari pelancaran tersebut. Dijangkakan harga rasmi dan tarikh mula jualannya akan diumumkan pada Jumaat minggu hadapan.

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Nothing Malaysia

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.