Utama Mobile Aplikasi Program Antivirus Norton 360 akan didatangkan dengan fungsi melombong Ethereum

Program Antivirus Norton 360 akan didatangkan dengan fungsi melombong Ethereum

890
0

Anda mungkin pernah mengetahui jenama Norton 360 walaupun anda mungkin tidak pernah menggunakannya. Jenama yang sinonim dengan antivirus dan perisian keselamatan internet ini tidak lama lagi akan hadir dengan ciri tambahan baharu, perlombongan kriptowang Ethereum.

Ciri yang dinamakan sebagai Norton Crypto ini akan membolehkan pengguna melombong kripto melalui perisiannya. Antara sebab mengapa ciri ini disediakan adalah kerana perisian perlombongan kripto kerapkali disekat oleh perisian antivirus, menurut Norton. Melalui pengenalan ciri terbaru ini, masalah sekatan ini sedikit sebanyak dapat diselesaikan.

Selain itu, fungsi ini juga dijangka dapat memudahkan pengguna baharu untuk memamsuki ekosistem kriptowang. Hal ini kerana, perlombongan kripto merupakan sesuatu yang agak rumit, dari memilih jenis kripto apa yang perlu dilombong hinggalah ke pemilihan dompetnya.

Melalui ciri baharu ini, mana-mana pengguna Ethereum yang melombong menggunakan Norton Crypto akan menyimpannya ke dalam Norton Wallet. Pengguna juga kemudiannya boleh ‘menarik duit ke dalam Coinbase,” menurut kenyataan yang dikeluarkan menerusi The Verge.

Perlombongan kripto adalah fungsi yang janggal untuk dimasukkan ke dalam perisian antivirus. Ini kerana, sistem yang berat seperti perisian antivirus ini ditambah lagi bebannya dengan fungsi perlombongan yang biasanya banyak menggunakan sumber dari GPU sistem komputer.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.