Utama Mobile Adakah Nokia 3210 adalah Telefon Bimbit yang paling hebat sepanjang zaman?

Adakah Nokia 3210 adalah Telefon Bimbit yang paling hebat sepanjang zaman?

2202
5

Nokia baru-baru ini telah mengumumkan untuk kembali semula ke arena peranti mudah alih. Gergasi telekomunikasi dari Finland ini yang pernah satu ketika dahulu menjadi pengeluar telefon bimbit terbesar di dunia, bersetuju dengan pihak Microsoft untuk kembali mengeluarkan telefon mudah alih pada 2016.

Terdahulu, Microsoft telah membeli bahagian telefon mudah alih Nokia bernilai €5.44billion (RM23.9 billion) pada 2013 setelah mengalami kemerosotan jualan akibat persaingan dari Apple. Tetapi, kini Ketua Eksekutif Microsoft, Rajeev Suri telah menyatakan Nokia akan kembali. Secara tiba-tiba, nostalgia Nokia 3210 dan Nokia 3310  yang pertama kali dilancarkan pada tahun 1999 telah muncul kembali.

Bateri yang tahan lama

iPhone 6 mempunyai tempoh penggunaan bateri yang kurang dari satu hari dan begitu juga halnya dengan Samsung Galaxy S6. Untuk Nokia 3210 pula, baterinya mampu bertahan sehingga seminggu atau dua minggu, bergantung kepada kekerapan penggunanya bermain Snake.

Tahan lasak dan susah nak pecah

Telefon pintar hari ini boleh dikatakan sebagai agak rapuh kerana silap sikit je, skrin pecah atau retak seribu. Skrin yang rosak walaupun mengalami sedikit retakan tetap mengganggu penggunaan telefon pintar kerana fungsi skrin sentuhnya itu. Masalah seperti ini tidak akan berlaku pada Nokia 3210 yang sangat kukuh binaannya.

Jika terjatuh atas lantai sekalipun, biasanya habis kuat pun cover terbukak dan baterinya tertanggal. Bila pasang balik dan hidupkan semula, ia boleh digunakan seperti biasa. Sebab tu ada orang pernah melawak, Nokia 3210 ni kalau jatuh atas lantai, bukannya hanset yang pecah, silap-silap lantai tu pulak yang pecah.

Imej diperoleh dari Know Your Meme
Imej diperoleh dari Know Your Meme

Pewaris keturunan Nokia 3210, Nokia 3310 yang rupa fizikalnya saling tak tumpah seperti 3210 dibina supaya lebih tahan lasak serta lebih berat. Justeru, menjadikannya lebih legend hingga wujud satu meme yang dinamakan Indestructible 3310 (3310 yang kebal)

Imej diperoleh dar Know Your Meme
Imej diperoleh dari Know Your Meme

Lebih berwarna warni dan bervariasi

Di era kegemilangan Nokia 3210 dan Nokia 3310, kedai-kedai telekomunikasi di Malaysia sentiasa meriah dengan pelbagai jenis dan corak cover untuk telefon bimbit Nokia. Dari pelbagai pilihan warna dan corak hinggalah kepada yang penuh dengan lampu ‘lip-lap’ LED, kreativiti cover Nokia seakan tiada sempadannya.

Tidak seperti telefon pintar hari ini yang rekaan luarannya lebih kurang ‘sepesen’ je.

Snake!

Tidak sah jika menceritakan tentang Nokia 3210 dan Nokia 3310 tanpa melibatkan permainan Snake. Walaupun dunia permainan peranti mudah alih hari ini dihujani dengan pelbagai permainan-permainan yang lebih canggih seperti The Sims atau FIFA dari Electronic Arts, tiada satu pun yang dapat menandingi perasaan cuak dan menggelabah sepertimana ketika bermain Snake.

Berhenti sekejap je, terus habis game over. Semua orang yang pernah bermain game ni tahu betapa susahnya untuk completekan game ni. Permainan ini pernah muncul dan boleh dimainkan pada laman YouTube tidak berapa lama dahulu.Snake

Bagi anda yang rasa berminat untuk memiliki telefon bimbit legend ini, mungkin boleh meninjau di sekitar pasar minggu di kawasan Pudu atau di Memory Lane (Lok Kin) Ipoh. Tak silap saya, bukan setakat handphonenya je, aksesorinya pun masih ada lagi kot.

5 KOMEN

  1. Duuude… terasa tersisih aku membaca entri ni sebab aku tak pernah pakai nokia. Hp pertama aku ialah samsung blue screen. Aku pernah try belek2 hp nokia member dulu, bila member mintak aku tolong key-in n save no.hp aku ke hp dia, aku x tau nk navigate n save no. mcm mana… blurr aku, siap ada kena tick apa bagai, aku x paham. Hahah X3

    Btw, salam ramadhan bro ;3

  2. tak tahu pasal 3210, tapi pernah pakai 3315, ketrurunan 3310 jugak lah.memang bagus phone Nokia dulu-dulu ni, bateri tahan lama, tahan lasak, boleh buat ringtone sendiri.Bagus jugak kalau Nokia kembali.tolong buat smartphone yang tak payah nak cas hari-hari..hehe

  3. 32sekupang memang diakui sebagi lejen terhebat telefon bimbit. Sehingga sekarang, anjing liar yang berkeliaran di kawasan perumahan masih fobia mendengar nama Nokia 3210. Lasak. Pengalaman peribadi aku, jatuh motosikal bersama telefon ini, bateri tercabut, casing berderai, pasang balik terus boleh buat call on the spot. Lima bintang unutk nokia 3210.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.