Utama Mobile Aplikasi Aplikasi MySejahtera kini diwajibkan untuk Perkhidmatan P-Hailing

Aplikasi MySejahtera kini diwajibkan untuk Perkhidmatan P-Hailing

1211
0

Kementerian Pengangkutan semalam telah menerbitkan garis panduan untuk para penunggang motosikal yang terlibat di dalam perkhidmatan penghantaran makanan dan parcel. Perkhidmatan berkenaan kini dikenali sebagai parcel hailing atau p-hailing.

Garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan ini meletakkan syarat-syarat seperti mesti berumur 18 tahun dan ke atas serta tidak disenarai hitam di dalam rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Selain itu, para penunggang p-hailing juga perlu mengamalkan penjarakkan sosial serta melakukan transaksi tanpa sentuhan. Pemakaian topeng muka dan mencuci tangan dengan menggunakan bahan nyahjangkit atau pensanitasi tangan selepas setiap penghantaran turut diwajibkan.

Kementerian Pengangkutan juga mewajibkan para penunggang p-hailing menggunakan aplikasi MySejahtera. Aplikasi yang dibangunkan oleh kerajaan Malaysia ini bertujuan memantau penularan wabak pandemik COVID-19 di Malaysia.

Boleh didapati menerusi iOS App Store, Google Play dan Huawei AppGallery, aplikasi ini mengandungi beberapa fungsi penjejakan kontak. Antaranya fungsi pemantauan tahap kesihatan pengguna dan juga semakan lokasi pengguna secara sukarela. Garis panduan dari Kementerian Pengangkutan tersebut juga menyatakan para penunggang p-hailing perlu menunjukkan pihak berkuasa bahawa mereka sudah mendaftar di dalam aplikasi berkenaan.

Kerajaan buat masa ini sedang mengusahakan integrasi antara aplikasi COVID-19 iaitu MyTrace dengan MySejahtera.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.