Utama Mobile Aplikasi MySejahtera perkenalkan fungsi buat Aduan Premis, Lokasi tidak mematuhi SOP

MySejahtera perkenalkan fungsi buat Aduan Premis, Lokasi tidak mematuhi SOP

431
0

Aplikasi MySejahtera kini telah memperkenalkan fungsi yang membolehkan penggunanya melaporkan premis dan lokasi yang tidak mematuhi SOP kepada pihak berkuasa.

Fungsi ini boleh diakses menerusi butang “Aduan” yang baharu diperkenalkan di dalamnya. Menerusinya, pengguna boleh memilih jenis-jenis ketidakpatuhan SOP yang dilakukan oleh premis atau lokasi berkenaan.

Jenis-jenis ketidakpatuhan SOP berkenaan adalah:

  • Pelanggaran SOP untuk individu (tidak memakai topeng muka atau mematuhi jarak fizikal)
  • Pelanggaran oleh pengendali premis (kegagalan merekod pelawat atau memeriksa suhu badan)
  • Pelanggaran perintah kuarantin d
  • Isu-isu lain


Pengguna juga diminta melakukan penandaan lokasi ketidakpatuhan SOP berkenaan serta memuat naik foto bagi menyokong bukti yang didakwa.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.