Utama Teknologi Kecerdasan Buatan Microsoft memperkenalkan Windows Recall; Guna AI untuk Rakam, Cari Semula apa sahaja...

Microsoft memperkenalkan Windows Recall; Guna AI untuk Rakam, Cari Semula apa sahaja yang anda pernah buat pada PC

265
0

Microsoft melancarkan Windows Recall untuk Copilot Plus PC, alatan baharu Windows 11 yang menjejak apa jua aktiviti yang anda lihat dan lakukan pada PC anda menggunakan kecerdasan buatan (artificial intelligence, AI). Ia membolehkan anda membuat carian dan mendapatkan semula apa yang anda pernah lakukan pada peranti tersebut.

Fungsi Recall yang juga dikenali secara dalaman sebagai AI Explorer oleh Microsoft ini juga amat luas. Ia mampu melog aktiviti yang anda lakukan pada aplikasi, menjejak komunikasi di dalam mesyuarat secara dalam talian, mengingati semua laman web yang pernah anda kunjungi untuk dikaji dan banyak lagi.

Pengguna hanya perlu melaksanakan proses “Recall” dan menggunakan AI, ia akan membuat carian untuk menemukan anda dengan snapshot waktu yang dicari. Ia juga menunjukkan sekilas pandang apa yang berlaku pada waktu tersebut.

Segala aktivit yang anda lakukan pada PC tersebut akan ditunjukkan dalam bentuk garis masa yang boleh ditelusuri dengan menatalkannya. Anda juga boleh mencari mesyuarat dalam talian dan panggilan video menerusi Live Caption yang turut mampu membuat transkripsi dan terjemahan percakapan yang dirakamkan.

Microsoft sebelum ini pernah memperkenalkan ciri yang seakan-akan fungsi tersebut melalui Timeline pada Windows 10, namun dihentikan pada 2021. Fungsi yang sama juga diperkenalkan pada Mac yang dinamakan sebagai Rewind.

Perisian pada komputer-komputer Mac siri M berkenaan merekodkan log aktiviti, merekodkan mesyuarat dalam talian dan memberikan anda akses ke chatbot untuk mendapatkannya semula.

Bagaimanapun, untuk Windows Recall fungsinya lebih mendalam dengan integrasi secara natif ke dalam Windows. Manakala Recall pula merupakan aplikasi pihak ketiga yang perlu dipasang dan perlu mendapatkan kebenaran mengakses ke sistem operasi.

Bukan semua PC Windows 11 ada Recall

Pun begitu, Recall tidak boleh digunakan pada semua PC Windows 11. Ia hanya boleh didapati pada Copilot Plus PC baharu yang menggunakan pemprosesan baharu Qualcomm Snapdragon X Elite. Cip pemprosesan berkenaan mempunyai unit pemprosesan neural (neural processin unit, NPU) untuk membolehkan ciri Windows Recall berfungsi.

Selain itu, keperluan storan minimum pada PC yang menggunakan Recall perlu sekurang-kurangnya 256GB dengan sekurang-kurangnya 50GB tersedia untuk fungsi tersebut. Secara lalau, Recall pada peranti dengan storan 256GB akan memperuntukan 25GB yang boleh menyimpan kira-kira 3 bulan snapshot. Anda boleh menaikkan peruntukan storan untuk Recall melalui Settings di dalam PC. Snapshot lama akan dipadamkan secara automatik jika ruangan storan yang diperuntukan telah habis digunakan bagi membolehkan snapshot baharu disimpan.

Microsoft memberikan janji kepada pengguna indeks untuk Recall tesebut kekal di dalamnya dan hanya boleh diakses oleh pengguna pada peranti tersebut. Anda boleh menjeda, menghentikan atau memadamkan kandungan yang ditangkap atau memilih untuk mengecualikan aplikasi atau laman web tertentu.

Recall juga tidak akan mengambil snapshot di dalam sesi melayari laman web dalam mod InPrivate pada Microsoft Edge dan juga kandungan dilindungi DRM. Bagaimanapun ia tidak melaksanakan moderasi kandungan dan tidak begitu giat menyorokkan maklumat-maklumat sensitif seperti kata laluan atau nombor akaun perbankan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.