Utama Teknologi Permainan Microsoft, Sony jalin kerjasama dalam Bidang Permainan Awanan & AI

Microsoft, Sony jalin kerjasama dalam Bidang Permainan Awanan & AI

715
0

Sejak mula memperkenalkan konsol permainan Xbox, Microsoft dan Sony telah menjadi seteru utama di dalam ‘Perang Konsol’. Walaubagaimanapun, keadaan sudah mula berubah apabila kedua-duanya akan menjalinkan usaha sama dalam bidang permainan awanan dan juga AI.

Untuk platform permainan awan, Sony akan menggunakan perkhidmatan pusat data Microsoft Azure. Kedua-dua gergasi teknologi ini juga akan bekerjasama untuk membina platform pembangunan yang lebih baik untuk pencipta kandungan. Dalam perkembangan yang sama, pihak Sony juga bersetuju untuk berkongsi teknologi penderia imejnya untuk diintegrasikan ke dalam teknologi kecerdasan buatan Microsoft Azure.

Menurut portal teknologi Engadget, pengguna dijangka dapat menerima manfaat jalinan kerjasama antara Microsoft dan Sony ini. Antaranya menyelesaikan masalah kelajuan muat turun perlahan yang dialami oleh sebahagian besar pengguna PS4. Selain itu, perjanjian antara kedua-duanya bakal memberikan Sony ruang yang lebih luas dari platform permainan.

Pihak Microsoft memaklumkan kenyataan rasmi dari kedua-dua belah pihak mengenai perkara ini akan diumumkan tidak berapa lama lagi.

Sumber berita dan imej diperoleh dari Engadget

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.