Home Mobile Aplikasi Grab lancarkan perkhidmatan Medan Selera melalui GrabFood

Grab lancarkan perkhidmatan Medan Selera melalui GrabFood

12
0

Grab baru-baru ini telah mengumumkan perkhidmatan baharu di dalam GrabFood yang dinamakan sebagai Food Courts (Medan Selera).

Melaluinya, pengguna kini boleh memesan juadah dari peniaga berlainan di bawah satu bumbung medan selera untuk satu bayaran penghantaran sahaja.

Usaha ini dilakukan bagi membantu peniaga-peniaga kecil dan tempatan meningkatkan jualan di dalam keadaan sukar seperti sekarang ini.

Food Courts juga turut menyediakan pelanggan Grab dengan pelbagai pilihan menu juadah yang boleh dihantar melalui satu pesanan.

Perkhidmatan tersebut buat masa ini ditawarkan sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu, Melaka dan Ipoh.

Bersama-sama pelancaran perkhidmatan Food Courts, Grab turut memaklumkan perluasan perkhidmatan Pasar melalui GrabMart ke Kota Kinabalu, Sabah.

Selain itu, Grab turut menambah dua pasar baharu di dalam kawasan Pulau Pinang dengan memasukkan Pasar Batu Lanchang dan Pasar Bayan Baru. Dua pasar lagi turut dijangka bakal dimasukkan pada bulan Oktober nanti.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.