Utama Komputer Microsoft Office 2016 dilancarkan secara rasmi ke pasaran Malaysia

Microsoft Office 2016 dilancarkan secara rasmi ke pasaran Malaysia

922
0

Microsoft Office 2016 secara rasminya telah dilancarkan di Malaysia semalam dan kini boleh didapati di lebih dari 300 buah kedai jualan seluruh negara. Versi kemaskini set kelengkapan produktiviti dari Microsoft ini turut memuatkan aplikasi terbaru yang dikenali sebagai Sway.

Aplikasi terbaru ini memberikan kemudahan kepada pengguna-pengguna untuk saling bekerjasama di dalam penyediaan projek pembentangan atau dengan kata lain alternatif kepada Powerpoint.

Selain itu, kaji selidik yang bertajuk New World of Work dijalankan oleh Microsoft mendapati 83 peratus rakyat Malaysia yang bekerja di dalam IKS mahukan kebebasan memilih masa dan lokasi tempat mereka melakukan kerja. Bagaimanapun, 69 peratus daripada keseluruhan responden kaji selidik berkenaan memaklumkan bahawa suasana tempat kerja mereka tidak mengizinkan ini semua berlaku.

Melalui maklumat ini, Microsoft memberikan tumpuan untuk menjadikan produk mereka Microsoft Office 2016 lebih mudah alih serta mempermudahkan cara pengguna melakukan kerja secara jarak jauh.

Microsoft Office 2016 kini boleh didapati untuk dua sistem operasi; Windows dan Mac. Untuk jenis Office Home & Business, harga yang ditawarkan adalah RM 1,099, manakala untuk Office Home & Student pula, ia dijual pada harga RM 449.99.

Harga langganan Office 365 naik

Bagi pengguna yang melanggan Office 365, aplikasi dan fungsi-fungsi terbaru kini sudah boleh diakses. Bagaimanapun, perubahan mendadak terhadap tukaran mata wang antara Ringgit Malaysia dan Dollar Amerika telah memberikan kesan terhadap harga langganan Office 365.

Ketika ini, harga langganan Office 365 Home telah dinaikkan kepada RM 299.99 setahun dari RM 249.99. Manakala untuk Office 365 Personal pula harga langganannya adalah RM 219.99.

-Sumber berita dan imej cover diperoleh dari Soya Cincau

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.