Utama Internet Google tawar ganjaran untuk Sanmay Ved, pemilik domain Google.com seminit

Google tawar ganjaran untuk Sanmay Ved, pemilik domain Google.com seminit

760
1

Walaupun hanya cuma seminit, Sanmay Ved mampu untuk berbangga sebagai pemilik domain Google.com. Mungkin sudah rezeki beliau agaknya, Ved pada ketika itu sedang membelek-belek nama domain di Google Domains, sebuah perkhidmatan pembelian laman web milik Google.

Kebetulan, beliau mendapati Google.com boleh dibeli pada 29 September dan dengan sepantas kilat beliau membelinya pada harga yang ditawarkan USD 12. Namun, beliau juga pantas membetulkan kesilapan ini dan cuba mendapatkan kembali hak pemilikan domain ini.

As soon as I completed purchase, I received two emails [from Google], which is not the norm when you book domains via Google Domains. (Sebaik sahaja saya selesai membuat pembelian, saya ada menerima dua emel [dari Google], di mana ia kelihatan ganjil apabila kita sudah menempah domain itu melalui Google domains”) ujar Sanmay Ved yang juga merupakan seorang bekas pekerja Google.

I was hoping I would get an error at sometime saying transaction did not go through, but I was able to complete purchase, and my credit card was actually charged! (Saya mula ingatkan nanti akan keluar sebarang ralat yang menyatakan transaksi berkenaan akan gagal, tapi akhirnya saya berjaya selesaikan pembelian dan hinggakan kad kredit saya juga dikenakan cas)”

Ved kemudiannya membalas emel berkenaan sambil melampirkan screenshot bukti pembelian domain Google.com tersebut dan Google mengakui akan ralat berkenaan.

Walaupun Ved tidak dapat menjual semula domain berkenaan kepada Google pada harga yang tinggi, Google Security menawarkan saguhati kepada Ved sebagai ganjaran penemuan ralat berkenaan oleh beliau. Bagaimanapun, beliau tidak mahu menerima saguhati berbentuk wang tunai tersebut, sebaliknya berhasrat ingin mendermakan ganjaran tersebut kepada pihak lain yang beliau rasa lebih memerlukan.Google Domains

Ved memilih untuk mendermakannya kepada The Art of Living, sebuah yayasan yang memfokuskan memberi perkhidmatan pendidikan percuma kepada anak-anak penduduk setinggan di India. Melihat kepada hasrat beliau mendermakan ganjaran tersebut, Google telah menggandakan nilai ganjaran tersebut.

Walaupun beliau tidak menyatakan secara spesifik nilai yang ditawarkan oleh Google, namun beliau membayangkan bahawa nilainya mungkin lebih dari USD 10,000.

-Sumber berita diperoleh dari Bussiness Insider

1 komen

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.