Utama Mobile Microsoft sedang membangunkan NewsCast, Aplikasi yang membacakan berita untuk pengguna

Microsoft sedang membangunkan NewsCast, Aplikasi yang membacakan berita untuk pengguna

1161
0

Microsoft kerap melakukan pengujian terhadap aplikasi-aplikasi dan fungsi-fungsi perisian yang terkini dari masa ke semasa. Terkini, pihak yang bertanggungjawab menguruskan Bing untuk Microsoft sedang membangunkan aplikasi terbaru yang dikenali sebagai NewsCast.

Aplikasi ini yang sehingga kini hanya boleh didapati untuk iOS sahaja sedang di dalam peringkat pengujian. NewsCast membenarkan anda mendengar berita yang anda mahukan mengikut pilihan pengguna. Selain itu, pengguna juga diberikan kebebasan memilih feed-feed berita baik tempatan mahupun antarabangsa.

Nada suara pembaca berita di dalam aplikasi ini masih lagi kedengaran kaku dan dijangkakan masalah ini dapat diatasi apabila ianya selesai kelak. Mungkin, ia boleh mencontohi tona suara yang digunapakai oleh aplikasi Cortana sekarang ini.

Bagi pengguna yang ingin mengujinya, aplikasi ini boleh dimuat turun untuk peranti iOS melalui pautan ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.