Utama Komputer Samsung SSD PM1633a 16 Terabit, Pemacu Storan terbesar di dunia

Samsung SSD PM1633a 16 Terabit, Pemacu Storan terbesar di dunia

928
0

Samsung mendedahkan pemacu SSD terbarunya yang berkapasiti 16 Terabit bersempena Sidang Kemuncak Memori Flash di California baru-baru ini. Storan pada kerangka ukuran faktor 2.5 inci ini merupakan pemacu storan yang memiliki kapasiti storan paling besar setakat ini, sekaligus, menjadikannya pemacu SSD paling besar kapasitinya yang pernah dihasilkan di dunia.

Jadi, apakah yang membolehkan Samsung mampu menghasilkan storan SSD pada kapasiti sebesar ini? Untuk menghasilkan storan Samsung SSD PM1633a ini, sebanyak 256 Gbit lapisan NAND Flash digunakan berbanding kebiasaan yang digunakan setakat ini yang hanya 128 Gbit lapisan NAND Flash. Namun, ia masih lagi mampu dimuatkan ke dalam kerangka dengan saiz faktor 2.5 inci.

Harga yang ditawarkan untuk pemacu storan ini tentu sahaja masih lagi tinggi kerana teknologi pemacu storan SSD masih lagi dikirakan sebagai baru di dalam industri perkakasan komputer. Unit-unit terawal dijangka dijual pada harga sekitar USD 5,000 (RM 20137.50) hingga USD 7,000 (RM 28192.50) setiap satu.

Penjualan pemacu storan terbaru dari Samsung ini disasarkan kepada penggunaan server dan lain-lain kegunaan perniagaan dan agensi-agensi kerajaan yang banyak bergantung kepada kepantasan akses terhadap pengkalan data di dalam storan.

Tidak salah rasanya andai dijangkakan harga pemacu storan SSD berkapasiti besar ini akan menjadi semakin murah pada masa akan datang apabila ia menerima permintaan yang semakin menggalakkan dari pengguna.

Permintaan untuk storan yang berkapasiti besar dan berprestasi tinggi semakin meningkat apabila semakin ramai pengguna yang mahukan muat turun filem-filem beresolusi tinggi sehingga 4K.

Sumber info diperoleh dari Ars Technica

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.