Utama Sistem Operasi Windows Microsoft terbitkan kemaskini Edge untuk Windows 7 dan Windows 8

Microsoft terbitkan kemaskini Edge untuk Windows 7 dan Windows 8

330
0

Microsoft pada asalnya menghentikan sokongan untuk Edge pada Windows 7, Windows 8, dan Windows 8.1 sejak Januari 2023 dengan kemaskini terakhirnya Edge 109.

Bagaimanapun, pada ketika itu Microsoft juga menjelaskan pihaknya bersedia menerbitkan kemaskini keselamatan dan kritikal dari semasa ke semasa. Salah satu daripadanya telah pun diterbitkan untuk sistem operasi Windows 7, 8, 8.1 dan Server 2012 R2.

Kemaskini ini tidak membawakan apa-apa perubahan selain dari ciri keselamatan dan kritikal sahaja untuk pembaikan ralat. Berasaskan dari Edge 109, kemaskini ini turut menawarkan pembaikan masalah limpahan penimbal (buffer overflow) di dalam WebP menerusi Chromium versi sebelum 116.0.5845.187 yang membolehkan penyerang jarak jauh melakukan penulisan ingatan luar sempadan (out-of-bounds memory write) menggunakan halaman HTML binaan khusus untuk tujuan tersebut.

Berikut keterangan dari Microsoft mengenai kemaskini tersebut di dalam dokumentasinya:

This update was done for our M109 Windows down-level extended support. We’re shipping 109 to Win 7, 8, and 8.1 (including Server 2012 R2 which is based on Win 8.1).

Microsoft has a fix for CVE-2023-4863 to Microsoft Edge Stable Channel (Version 109.0.1518.140), which has been reported by the Chromium team as having an exploit in the wild. For more information, see the Security Update Guide. This backport was done to our M109 Windows down-level extended support.”

Sokongan kemaskini keselamatan untuk Windows 7, 8, 8.1 dan Server 2012 R2 ini juga akan ditamatkan oleh Microsoft pada 20 Oktober 2023.

Selepas tarikh tersebut, hanya Firefox sahaja yang menjadi pelayar web arus perdana yang menawarkan sokongan secara aktif untuk Windows versi lapuk ini. Mozilla Foundation merancang untuk terus menerbitkan kemaskini keselamatan untuk Firefox dalam tempoh setahun lagi dengan Firefox 115 Extended Support Release (ESR) dijadualkan akan tamat pada September 2024.

Menurut Statcounter, Windows versi-versi lama masih lagi digunakan oleh sejumlah 4.45% pengguna komputer peribadi di seluruh dunia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.