OPPO baharu sahaja melancarkan telefon pintar peringkat menengah baharunya OPPO A2 Pro di China. Telefon pintar ini menampilkan paparan skrin AMOLED melengkung 6.72-inci beresolusi FHD+ dengan kadar penyegaran semula 120Hz.
Turut disediakan pengimbas cap jari terbina bawah paparan dengan bahagian berpenebuk lubang yang menempatkan kamera 8MP pada sebelah hadapannya.
Pada sebelah belakangnya pula disediakan modul kamera berbentuk bulatan yang menempatkan kamera utama 64MP bersama-sama kamera berkedalaman 2MP dan dwi-flash.
Di dalamnya pula, telefon pintar ini menggunakan pemprosesan MediaTek Dimensity 7050 bersama-sama RAM LPDDR4X sehingga 12GB dan storan UFS 3.1 sehingga 512GB.
Turut disediakan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W melalui port USB-C. Di China, OPPO menawarkan penggantian bateri secara percuma jika kapasiti maksimum baterinya merosot pada 80% dalam tempoh kurang dari empat tahun.
Lain-lain ciri yang disediakan oleh telefon pintar ini termasuklah sokongan ketersambungan 5G, penarafan IP54, antaramuka ColorOS 13.1 (Android 13), dan dwi-SIM.
Harga OPPO A2 Pro
OPPO A2 Pro ditawarkan dengan pilihan warna Vast Black, Desert Brown dan Twilight. Harganya pula jika mengikut pasaran China adalah seperti berikut.
- OPPO A2 Pro, RAM 8GB Storan 128GB – CNY1799 (~RM1162)
- OPPO A2 Pro, RAM 12GB Storan 256GB – CNY1999 (~RM1288)
- OPPO A2 Pro, RAM 12GB Storan 512GB – CNY2399 (~RM1550)
Setakat ini tidak diumumkan lagi pelancaran OPPO A2 Pro ke pasaran global termasuk Malaysia.